Harian Metro

PROJEK G.I.L.A LEFTHANDED

Kumpulan rock otai bakal anjur konsert Januari tahun depan babit 10 lokasi seluruh negara Projek persembaha­n berskala besar ini sangat bermakna untuk kami realisasik­an kerana Lefthanded mempunyai ramai peminat. Jadi, kami kena buat demi mereka

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Tempoh 40tahun kewujudan mereka dalam industri hiburan tanah air adalah wajar dirai. Itulah, kumpulan rock ‘otai’ diminati ramai, Lefthanded.

Bersandark­an status kumpulan legenda yang masih berbisa, Lefthanded kini menyusun agenda untuk merancang penganjura­n sebuah siri konsert besar-besaran mereka pada tahun depan.

Konsert diberi nama Ultimate Experience Projek G.I.L.A itu dijangka bakal membuka pentas pada Januari 2021 dengan membabitka­n 10 lokasi seluruh negara.

Vokalisnya, Datuk Nash berkata, Projek G.I.L.A yang diambil nama daripada Gerakkan Ilmu Laksana Agendamu itu sudah dicetuskan oleh Man Kidal sejak lima tahun lalu.

“Projek persembaha­n berskala besar ini sangat bermakna untuk kami realisasik­an kerana Lefthanded mempunyai ramai peminat. Jadi, kami kena buat demi mereka.

“Namun pada masa sama, kami juga sedar dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini dan masih belum selesai.

“Jadi perkara paling penting untuk memastikan konsert ini berjaya ialah mendapatka­n kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kami sedia untuk akur dengan segala keputusan ditetapkan kerajaan,” katanya ditemui baru-baru ini pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-40 Lefthanded di Panggung Asia, Jalan Gombak.

Menurut Nash lagi, peminat bakal menyaksika­n Lefthanded 2020 dengan kemasukan Fly Harizor sebagai basis, Rio Rasul (keyboard),

Ritz Metalasia (gitar) dan Hafiz (anak kepada Allahyarha­m Man

Dayak) sebagai pemuzik undangan.

“Kesemua mereka yang menjadi pemuzik pilihan untuk kerjasama ini mempunyai kehebatan tersendiri dan layak untuk bergabung dengan kami.

“Memandangk­an saya dan Man Kidal dah berusia, kami perlu buat persediaan secukupnya dengan melakukan latihan selama empat bulan di Panggung Asia ini.

“Proses latihan kami merangkumi pelbagai aspek membabitka­n persembaha­n, sistem bunyi, pencahayaa­n dan banyak lagi,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu, latihan akan diadakan selama lima hari seminggu tanpa henti sehingga hujung tahun ini.

“Kami juga akan menganjurk­an klinik muzik untuk peminat. Juga kami akan mengumpul dana untuk diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui penganjura­n konsert ini,” katanya.

Sementara itu, Man Kidal pula berkata, konsep berkampung yang sedang dilakukan bukanlah perkara baharu buat mereka.

“Ketika menghasilk­an album Qabul pada 1988 dulu, kami anggota Lefthanded pernah berkampung di Bukit Fraser selama tiga bulan.

“Hasilnya, alhamdulil­lah kami puas dan rasa sangat bersyukur kerana dapat juga menerbitka­n album yang berkualiti,” katanya.

Selain Qabul, Lefthanded pernah muncul dengan album lain seperti Seruan pada 1987, Evolusi (1989), Fanatisme (1991), Seleksi Lagenda Lefthanded (1992), Nafas (1996), Dimensi Baru (1998) dan Syurga & Neraka

(1999).

NASH

 ??  ?? LEFTHANDED rancang anjur siri konsert besar-besaran tahun depan.
LEFTHANDED rancang anjur siri konsert besar-besaran tahun depan.
 ?? FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN ?? NASH bersama Man Kidal ketika persembaha­n sempena ulang tahun ke-40 Lefthanded di Panggung Asia, Jalan Gombak, baru-baru ini.
FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN NASH bersama Man Kidal ketika persembaha­n sempena ulang tahun ke-40 Lefthanded di Panggung Asia, Jalan Gombak, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia