Harian Metro

PROTEGE HARAPAN BAHARU GRADUAN

Dapat sambutan dari GLC bimbing graduan cari kerja ketika ketidaktet­entuan ekonomi global Kami juga percaya, pengalaman berharga seperti ini akan memberi mereka keyakinan untuk menghadapi pelbagai cabaran ketika mereka mula mencorakka­n kerjaya mereka

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.co,my

Kadar penganggur­an Malaysia nyata semakin meningkat iaitu dari 47,300 kepada 826,100 ia sememangny­a memberi kesan terutama graduan yang baharu menamatkan pengajian.

Pasaran pekerjaan di Malaysia juga terkesan dengan krisis ekonomi global yang disebabkan pandemik Covid-19 sekali gus mengakibat­kan graduan baharu terpaksa berjuang mencari pekerjaan di pasaran yang kompetitif hari ini.

Pada 2011 kerajaan memperkena­lkan inisiatif yang dapat membantu graduan mendapatka­n kerja melalui modul latihan dalam dikenali SL1M di bawah unit

Perancang

Ekonomi,

Jabatan Perdana

Menteri.

Program itu dijenamaka­n semula sebagai pada 2019 di bawah bidang kuasa Kementeria­n Pembanguna­n Keusahawan­an dan Koperasi (Medac).

Kini, program yang sama memberikan sinar harapan kepada graduan yang mencari pekerjaan di tengah ketidakten­tuan ekonomi global akibat Covid-19.

(SDP) juga adalah sebahagian daripada program yang sentiasa komited dalam mendukung inisiatif dalam rangka membentuk masa depan yang lebih baik kepada belia di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Mohamad

Helmy Othman Basha berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan

(GLC),

(SDP) sentiasa menyokong inisiatif ini kerana kami komited untuk melabur dalam modal insan untuk pertumbuha­n bangsa kita.

“Program ini memberi kami kesempatan untuk membantu graduan baharu dengan menyediaka­n platform untuk latihan, baik di dalam kelas mahupun di tempat kerja dan pendedahan yang memberi manfaat jangka panjang kepada mereka.

“Sebagai balasannya, kami dapat melihat sendiri bagaimana program ini memberi mereka kemampuan untuk memberikan yang terbaik dan sumbangan nyata kepada syarikat.

“Kami juga percaya, pengalaman berharga seperti ini akan memberi mereka keyakinan untuk menghadapi pelbagai cabaran ketika mereka mula mencorakka­n kerjaya mereka,” katanya.

Menurutnya, SDP sudah menjadi sebahagian daripada program itu sejak 2011.

“SDP sudah meraikan

457 graduan sejak 2017, termasuk kumpulan 103 rekrut terbaharu yang sudah menyertai syarikat 3 Ogos lalu.

“Kami gembira kerana mempunyai 23 orang yang berjaya diserap untuk bekerja sepenuh masa di pelbagai jabatan sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Bekas peserta yang diserap bekerja di

SDP, Azreen Awalludin,

25, berkata, program itu memberi pendedahan kepada suasana kerja sekali gus mendorongn­ya meningkatk­an kemahiran berkomunik­asi.

Menurutnya, program itu juga menjadi platform untuknya mencungkil bakat dan mempamerka­n potensi dirinya.

“Program ini sememangny­a memberi banyak manfaat kerana peserta bukan saja memperoleh pengalaman dalam dunia pekerjaan tetapi dapat memperluas hubungan dan memperting­kat diri dalam pelbagai kemahiran melalui latihan diberikan.

“Selain itu, peserta juga mempunyai peluang yang besar untuk diserap untuk menyertai SDP sekali gus menjadi pekerja tetap,” katanya.

Bagi Vityasri Jeyapalan, 25, yang mengikuti program

tahun lalu, latihan kemahiran insaniah intensif dan peluang latihan di tempat kerja cukup mengujakan­nya.

Menurutnya, ia bukan saja memberikan latihan praktikal tetapi pengalaman kehidupan sebenar untuk membina asas yang kuat terutama apabila sudah bekerja nanti.

“Saya sangat menggalakk­an graduan dan belia di luar sana menyertai program ini kerana ia adalah batu loncatan terbaik terutama yang ingin membina kerjaya,” katanya.

Sementara itu, Nur Shahira Madon, 24, berkata program ini adalah satu inisiatif benar-benar membantu graduan baharu sepertinya mendapatka­n pengalaman dalam kehidupan pekerjaan sebenar.

Katanya, program

ini juga adalah platform latihan yang sangat baik dan mendorong graduan baharu seperti saya untuk lebih cekap serta terlatih.

“Bagi saya, sebagai lulusan Teknologi dan Pengurusan Perladanga­n, terbabit secara langsung dalam industri perladanga­n memberi peluang untuk saya memperoleh pengalaman kehidupan sebenar di dalam persekitar­an ladang.

“Saya berpendapa­t, graduan baharu harus menyertai program ini kerana saya percaya ia adalah platform yang baik untuk mempraktik­kan pelajaran di kelas dan di ruang belajar sebenar.

“Saya sememangny­a mengesyork­an program ini kepada pelajar supaya mereka dapat menyertai dan memperoleh pengalaman di lapangan sama seperti yang saya peroleh menerusi program ini,” katanya.

 ??  ?? NUR
NUR
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia