Harian Metro

JAGA ALAM, JAGA MANUSIA

Tugas pemandu pelancong alam semula jadi perlu ilmu, ketahanan fizikal

- Oleh Hafizi Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

“Saya sangkakan kursus itu lebih kepada bentuk motivasi. Namun, tidak menyangka ia adalah kursus menjadi pemandu pelancong alam semula jadi yang perlu berada di dalam hutan selama 15 hari.

“Malah, cara kami dilatih juga amat tegas termasuk perlu masuk ke dalam hutan pada sebelah malam. Apatah lagi, saya ini jenis yang penakut! Tetapi itulah katanya ‘jodoh pandang pertama,” kongsi Suraya Maulana mengenai kisah permulaann­ya menjadi pemandu pelancong alam semula jadi sejak 2005.

Wanita itu yang mesra disapa Suraya berkata, daripada perasaan takut berada di dalam hutan sekitar 15 tahun lalu, kini jiwanya dan pekerjaan itu sudah sebati. Apatah lagi, dapat memberi kepuasan kepada pengunjung yang menggunaka­n khidmatnya untuk menerokai Taman Negara Pulau Pinang.

Suraya berkata, menjadi pemandu pelancong alam semula jadi yang sememangny­a jarang disertai kaum hawa sebenarnya menyeronok­kan jika seseorang itu mempunyai minat mendalam untuk menerokai alam semula jadi.

Katanya, meskipun pemandu pelancong alam semula jadi sinonim dengan golongan lelaki, namun tidak bermaksud golongan wanita tidak mampu melakukan pekerjaan itu kerana pengalaman dan pengetahua­n menjadi aspek paling utama.

Jelasnya, tugas pemandu pelancong alam semula jadi mempunyai cabaran tersendiri kerana mereka perlu tahu selok belok laluan di dalam hutan, mengetahui mengenai spesies hidupan flora dan fauna dan paling penting tahu memberi penerangan sebaiknya kepada pengunjung.

“Pengetahua­n menjadi pemandu pelancong alam semula jadi ini penting kerana kita membawa pengunjung yang mempunyai pelbagai latar belakang, dari golongan pelajar sehingga pengkaji.

 ??  ?? MENJADI pemandu pelancong alam semula jadi memerlukan Suraya mempunyai ilmu pengetahua­n yang luas.
AKTIVITI di dalam hutan dapat memberi ketenangan kepada Suraya.
MENJADI pemandu pelancong alam semula jadi memerlukan Suraya mempunyai ilmu pengetahua­n yang luas. AKTIVITI di dalam hutan dapat memberi ketenangan kepada Suraya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia