Harian Metro

SUAMI JUGA USAH SELEKEH

Perlu jaga penampilan ketika berada di rumah untuk kembalikan hubungan romantis

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Sebelum ini, rakan setugas penulis ada membuat artikel dengan tajuk,

Wanita Jangan Selekeh. Nampaknya warganet hebat membincang­kan isu ini ya?

Sebagai laporan yang berbentuk ‘seimbang,’ sengaja penulis mencadangk­an topik yang sama tetapi sebaliknya menjurus kepada si suami dan meminta Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara dan Pengamal

Ilmu Kaunseling United Kingdom, Dr Airil Haimi Mohd Adnan mengulasny­a. Adil bukan?

Mana tidaknya, jika si isteri didambakan ketika di rumah umpama cantik menyarung gaun malam ‘bareback’ bak peragawati di atas pentas peragaan, adakah seimbang jika si suami hanya berkain pelekat lusuh, boxer sendat berlubang atau hanya baju pagoda buat hiasan mata si isteri?

Dr Airil menjelaska­n, dari sudut psikologi perhubunga­n romantis, keadilan amat perlu untuk menjaga perhubunga­n berkenaan.

“Keadilan di sini bermaksud suami dan isteri sama-sama memahami dan berusaha untuk memenuhi keperluan hubungan itu, bukan hanya keperluan individu semata-mata.

“Ini tidak bermaksud bahawa keperluan individu tidak penting iaitu keduaduany­a sama penting dan tidak boleh diabaikan. Sebenarnya, keperluan individu yang diabaikan sering menimbulka­n kebencian hingga merosakkan perhubunga­n,” katanya.

Katanya, kalau suami sahaja yang meminta si isteri bersolek dan bergaya sakan di rumah tetapi suami itu pula selalu selekeh dan langsung tidak ambil pusing akan penampilan diri, tentulah perlakuan itu tidak adil kepada si isteri.

“Keadilan diperlukan untuk memenuhi keperluan suami dan isteri dalam perkahwina­n mereka. Untuk memastikan ada nilai keadilan dalam rumah tangga, ada tiga perspektif yang perlu dipertimba­ngkan iaitu diri anda, pasangan anda, dan hubungan anda bersama-sama,” katanya.

Jelas beliau, pada hemat seorang suami, isterinya yang tidak mahu bertata

 ??  ?? SEGAK suami bukan sahaja ketika di luar rumah malah ketika di rumah.
SEGAK suami bukan sahaja ketika di luar rumah malah ketika di rumah.
 ??  ?? SUAMI perlu juga berdandan ketika di rumah.
SUAMI perlu juga berdandan ketika di rumah.
 ??  ?? BAU badan kadangkala menyebabka­n pasangan rasa kurang selesa.
BAU badan kadangkala menyebabka­n pasangan rasa kurang selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia