Harian Metro

Faizal tak putus asa ‘pikat’ Arul

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur:

Bekas pemain kebangsaan, Faizal Saari tidak pernah berhenti berusaha untuk kembali beraksi bersama skuad hoki negara kerana impiannya beraksi di temasya Olimpik masih belum tercapai.

Selagi hasratnya itu belum direalisas­ikan, pemain berusia 29 itu tidak akan berputus asa dalam usaha memikat hati jurulatih kebangsaan, Arul Selvaraj.

“Saya memang mahu kembali bermain untuk Malaysia dan bersedia untuk memberi komitmen 100 peratus dan mungkin saya akan beri lebih lagi. Sebab cita-cita saya untuk bermain di Sukan Olimpik belum tercapai,” katanya.

Faizal dilihat bertemu Arul ketika saingan Piala Razak masih berlangsun­g dan ditanya apakah butiran perbincang­an bersama jurulatih itu, Faizal

berkata, dia hanya diminta oleh Arul meningkatk­an tahap kecergasan dan menjaringk­an lebih banyak gol.

Penyerang prolifik membuktika­n dia masih lagi seorang penyerang terbaik negara apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 18 gol.

“Tapi saya masih belum puas hati dengan apa yang saya lakukan. Bagi saya, saya boleh jaringkan lagi sebab saya memang mahu mewakili negara. Apapun jika ada rezeki saya terpilih, syukur Alhamdulil­lah. Tapi kalau tak terpilih saya akan cuba lagi,” katanya.

Sementara itu, Arul berkata, Faizal dapat memberikan apa yang beliau inginkan.

“Saya punya pendekatan berbeza. Satu adalah skil hoki, usaha, tanggungja­wab dan prestasi menjadi keutamaan. Saya tidak mahu pemain hanya harapkan skil saja. Dia perlu usaha dengan gigih.

“Saya ada berjumpa dengan Faizal sebelum ini dan apa yang saya harapkan daripada dia (Faizal), dia dapat berikan. Saya gembira dengan dia, untuk pasukan kebangsaan dan untuk dirinya sendiri. Saya dapat lihat kemahuan dan usahanya itu,” katanya.

Dalam pada itu, kata Arul, beliau berpuas dari segi persembaha­n pasukan bertanding dan akan cuba memanggil sebanyak mungkin pemain untuk memberi peluang mereka berlatih dalam skuad kebangsaan.

“Dari segi persembaha­n pasukan saya dapat apa yang saya nak. Khamis ini saya akan maklumkan senarai pemain yang terpilih dan kemudian baru kita akan mengurangk­an kepada skala yang lebih kecil. Akan ada satu dua muka baharu kelihatan kerana saya suka sikap positif yang sentiasa bekerja untuk pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia