Harian Metro

Rossi mampu lonjak SRT

-

Kuala Lumpur:

Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) yakin kehadiran juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi akan memberi satu dimensi baharu buat pasukan dan pelumba negara khasnya.

Ini kerana Rossi mempunyai aura positif pada seluruh pasukan dan juga rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak pernah terfikir pelumba seperti Rossi akan berlumba untuk pasukan negara.

Usia bukan satu faktor yang menjadi keutamaan kerana Rossi masih kekal releven dalam dunia pemotoran dunia dan buktinya dia memulakan perlumbaan di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol di petak ketiga dan masih pelumba kompetitif biarpun untuk muncul sebagai juara dunia itu sukar.

Pada usia 41 tahun, Rossi menjadi satu-satunya pelumba yang memenangi saingan 125cc, 250cc, 500cc dan kejuaraan MotoGP menyaksika­n dalam saingan kelas perdana sahaja, Rossi memenangi tujuh kejuaraan dunia, 89 perlumbaan, 199 podium, 55 petak utama dan 76 catatan sepusingan terpantas.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, pasukan memerlukan seorang pelumba berpengala­man berganding­an dengan rakan senegarany­a, Franco Morbidelli yang mampu memberikan satu kestabilan dari segi prestasi dan sebagainya seterusnya membawa kejayaan dalam pasukan.

Razlan pada sidang media khas semalam turut memaklumka­n kontrak bersama pelumba dikenali dengan

SRT nak bawa Rossi untuk pasukan kerana amat bagus dari semua segi”

Razlan Razali

julukan The Doctor adalah setahun dengan syarat yang sudah dipersetuj­ui dari segi penyiaran atau penggunaan imej selain pembayaran gaji dibayar sepenuhnya oleh Yamaha Factory dan bukan Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

“SRT nak bawa Rossi untuk pasukan kerana amat bagus dari semua segi, kestabilan, prestasi, persembaha­n dan pengalaman. Rossi mampu memberi semangat kepada pelumba muda kita bukan saja untuk Moto3, Moto2, saya yakin bila dia ada bersama kita, dia boleh membawa aura positif pada seluruh pasukan.

“Kita akan lihat dari satu perlumbaan ke satu perlumbaan mengikut situasi dan itu sebabnya kontrak perjanjian pasukan bersama Rossi hanya setahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia