Harian Metro

Dollah puji semangat kebangkita­n pemain

- Oleh Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan:

Pengendali Pahang, Dollah Salleh memuji kebangkita­n yang dipersemba­hkan anak buahnya selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Kedah di Stadium Darul Makmur, malam kelmarin.

Tiga mata yang diraih itu juga meletakkan Tok Gajah pada kedudukan lebih selesa terutama mengelak berada di zon penyingkir­an dalam saingan Liga Super musim ini.

“Tahniah kepada semua pemain kerana memberikan yang terbaik untuk kembali mencatat kemenangan selepas seri 2-2 berdepan Felda United FC minggu lalu.

“Kami sebenarnya menguasai permainan pada separuh masa pertama tetapi satu kesilapan dan serangan balas yang dilakukan lawan, mereka dapat menjaringk­an gol pendahulua­n.

“Tetapi saya bangga dengan pemain kerana tidak berputus asa dan meneruskan permainan dengan baik yang menyaksika­n kedudukan 1-1 sebelum tamat separuh masa pertama,” katanya.

Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, kemenangan ke atas Kedah juga memberikan suntikan semangat kepada anak buahnya untuk bermain lebih bagus pada baki dua perlawanan akan datang.

Katanya, misi skuad Tok Gajah lebih bertumpu kepada satu perlawanan ke satu perlawanan untuk memastikan fokus tidak terjejas.

“Saya percaya baki dua perlawanan berdepan Perak dan Terengganu FC (TFC), kami akan mengutip mata maksimum untuk berada pada kedudukan terbaik dalam saingan liga musim ini,” katanya.

Pada perlawanan malam itu, dua gol Pahang, masing-masing satu dijaringka­n Adam Reed dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim minit ke-40 dan 46 manakala gol tunggal Kedah dijaringka­n Tchetche Kipre pada minit ke-15.

Sementara itu, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak akur skuad itu gagal menyekat Pahang namun, beliau berkata, kekalahan itu tidak mengejutka­n kerana sudah menjangkak­an tentangan sengit bakal dihadapi skuad itu berdasarka­n prestasi tuan rumah.

 ??  ?? DOLLAH sanjung usaha pemain bangkit buru kemenangan ke atas Kedah.
DOLLAH sanjung usaha pemain bangkit buru kemenangan ke atas Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia