Harian Metro

Gergasi Merah nyaris tersungkur

-

Shah Alam:

Hilang fokus dan mudah selesa menyebabka­n skuad Gergasi Merah hampir dimalukan UiTM walaupun mendahului separuh masa pertama dengan kedudukan 2-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Mini UiTM Shah Alam, malam kelmarin.

Pengendali Selangor, Micheal Feichtenbe­iner berkata, pasukannya boleh dikatakan bernasib baik apabila dihadiahka­n sepakan penalti pada saat akhir sekali gus membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata selepas kedudukan terikat 3-3.

Beliau yang baru saja mengendali­kan skuad utama

Selangor tiga hari lalu kini mahu fokus membentuk pasukan lebih mantap pada perlawanan akan datang dengan mengutip mata penuh untuk mengukuhka­n kedudukan di Liga Super.

“Pada perlawanan separuh masa pertama, pemain berjaya menguasai perlawanan sehingga menghasilk­an dua gol mendahului lawan.

“Serangan pantas UiTM jelas memerangka­p Selangor apabila kelekaan barisan pertahanan dihukum menerusi tiga jaringan pada separuh masa kedua,” katanya.

Sementara itu, pengendali UiTM, Frank Bernhard mengakui masalah keracunan makanan melanda barisan pemain menjejaska­n momentum bagi membentuk gandingan mantap pada perlawanan itu.

“Hampir 10 pemain keracunan makanan sekali gus menyaksika­n saya perlu mengubah taktikal pasukan bagi menghadapi Selangor. Pada separuh masa pertama dilihat UiTM agak goyah namun kita bangkit pada separuh masa kedua hingga menghasilk­an tiga gol.

“Walaupun kecewa dengan jaringan gol penyamaan pada saat akhir perlawanan, secara keseluruha­n berpuas hati dengan prestasi anak buah yang berjaya membuktika­n kemampuan masing-masing,” katanya.

 ??  ?? FEICHTENBE­INER berkata, Selangor bernasib baik apabila dihadiahka­n sepakan penalti pada saat akhir.
FEICHTENBE­INER berkata, Selangor bernasib baik apabila dihadiahka­n sepakan penalti pada saat akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia