Harian Metro

KERETA MEWAH TIMBANG KILO

Geng Weng aktif lupus kenderaan mewah jadi alat ganti minta ahli perniagaan tipu untuk tuntutan insurans

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Satu sindiket penipuan jualan dan lupus kenderaan mewah untuk dijadikan alat ganti dikenali sebagai Geng Weng tumpas dengan penahanan 13 individu termasuk ketua kumpulan dalam empat serbuan di Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka. Sebanyak 13 komponen kenderaan mewah antaranya jenis Audi, Mercedez Benz,Toyota Vellfire dan Mazda yang masih mempunyai rekod hilang turut ditemui dalam sebuah gudang di Melaka yang dianggarka­n bernilai RM1.3 juta, lapor Muhaamad Hafis Nawawi

T‘

Selepas menyerahka­n kereta (untuk dijual), seminggu kemudian sindiket menghubung­i ahli perniagaan itu mendakwa keretanya hilang”

Shafa’aton

indakan pemilik kereta mewah jenis Audi Q7 berusia 56 tahun membuat laporan palsu mengenai kehilangan kenderaann­ya bukan sahaja menyebabka­n dia ditangkap sebaliknya membongkar satu sindiket penipuan terancang dikenali Geng Weng.

Untuk rekod, Geng Weng adalah sindiket tipu dan lupus kenderaan mewah untuk dijadikan alat ganti.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superinten­dan Shafa’aton Abu Bakar berkata, insiden bermula apabila ahli perniagaan itu diyakinkan kumpulan terbabit bahawa mereka mampu menjual kenderaann­ya.

“Selepas menyerahka­n kereta (untuk dijual), seminggu kemudian sindiket menghubung­i ahli perniagaan itu mendakwa keretanya hilang.

“Mereka meyakinkan­nya supaya membuat laporan polis mengenai kehilangan itu untuk memudahkan proses tuntutan insuran. Dia (pemilik kenderaan) membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh pada 3.30 petang, 1 September lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, ahli perniagaan itu dalam laporannya mendakwa dia meletakkan keretanya berhampira­n bank di BRP Sungai Buloh sebelum menyedari kenderaann­ya hilang.

“Namun, selepas siasatan dijalankan polis mendapati ahli perniagaan terbabit membuat laporan palsu mengenai kehilangan keretanya. Dia juga mengaku menyerahka­n keretanya itu kepada seorang ahli Geng Weng untuk dijual,” katanya.

Katanya, susulan itu, polis melakukan empat serbuan pada 10 hingga 16 September lalu di gudang, bengkel dan kondominiu­m sekitar Rawang, Setapak, Melaka dan Kuala Lumpur.

“Dalam serbuan itu polis menahan 13 individu termasuk ketua kumpulan itu berusia antara 22 hingga 55 tahun membabitka­n nilai rampasan RM1.3 juta.

“Siasatan awal mendapati kumpulan ini sudah bergiat aktif sejak tahun 2014,” katanya.

Katanya, polis juga merampas 13 komponen kenderaan yang masih mempunyai rekod hilang dalam gudang itu.

“Komponen ditemui itu membabitka­n enam enjin pelbagai kereta mewah dan tujuh kenderaan yang sudah dipotong dua,” katanya.

Katanya, lima individu yang ditahan memiliki rekod jenayah lampau dan mereka ditahan reman sehingga esok (hari ini).

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN kenderaan mewah dan komponen yang ditemui selepas polis menumpaska­n Geng Weng.
SEBAHAGIAN kenderaan mewah dan komponen yang ditemui selepas polis menumpaska­n Geng Weng.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia