Harian Metro

Masih tunggu laporan polis

-

Alor Setar: Jabatan Mufti Kedah masih menunggu laporan Unit Forensik polis berhubung kejadian kubur dikatakan mengeluark­an cecair seakan darah di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al-Irfan, Derga di sini.

Mufti Kedah, Datuk

Fadzil Awang berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembang­an mengenai kejadian itu, namun sehingga kini belum menerima laporan ujian dibuat ke atas cecair berkenaan.

“Kita sudah melihat (tapak) kejadian itu dan tak dapat kenal pasti setakat ini apakah ia betul-betul darah manusia atau ia campuran daripada minyak dan cat berwarna merah.

“Bagaimanap­un, pihak polis sudah ambil sampel cecair berkenaan untuk ujian forensik bagi mengenal pasti cecair itu dan kita masih menunggu keputusan mengenainy­a,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam kejadian 19 September lalu, beberapa gambar dan video didakwa ‘kubur berdarah’ tular di laman sosial.

Video berdurasi 19 saat memaparkan kejadian aneh menggempar­kan masyarakat setempat hingga ramai penduduk datang melihatnya.

Polis kemudian ke lokasi kejadian keesokan harinya bagi mengambil sampel cecair itu dan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dikesan berlaku pada kubur berkenaan.

Sementara itu, Fadzil meminta penduduk Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak, yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Secara Pentadbira­n agar bertenang dan bersabar dalam menghadapi ujian berkenaan.

 ??  ?? FADZIL
FADZIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia