Harian Metro

Mak budak dicekup khalwat

-

Alor Setar: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dan mempunyai seorang bayi lelaki berusia enam bulan dicekup berkhalwat dengan dua lelaki dan seorang lagi wanita dalam bilik sewa di Jalan Tambang Badak di sini, tengah malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam

Kedah (Jaik), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka ditahan dalam pemeriksaa­n pada 12.45 tengah malam.

Beliau berkata, anggotanya melakukan pemeriksaa­n di bilik sewa itu berikutan maklumat awam diterima dan semua mereka berusia antara 18 dan 20 tahun serta beralamat di kawasan Pendang, Kuala Nerang dan Alor Setar.

“Dua daripada mereka bekerja di kedai makan, seorang wanita bekerja di kedai emas dan seorang lelaki pula berniaga pakaian di pasar larut malam. “Ketika serbuan dilakukan di rumah disewa seorang daripada lelaki berkenaan, dia memberi alasan kawan datang ke rumahnya untuk menghantar makanan,” katanya.

Radzi berkata, hasil soal siasat mendapati semua mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri dan menimbulka­n syak berkhalwat.

Beliau berkata, semua mereka diberi notis saman hadir ke pejabat agama pada 14 Oktober depan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014,” katanya.

Semua mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia