Harian Metro

Dirempuh bantu rakan terseret

-

Kota Bharu: “Belum sempat mahu membantu rakan diseret kenderaan penyeludup, kereta saya dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda,” kata anggota Batalion 7, Pasukan Gerakan Am (PGA7) mengenai insiden pada pagi Jumaat lalu.

Anggota cawangan risik dikenali sebagai

Azmi, 32, berkata, tidak dinafikan timbul rasa panik ketika melihat rakannya diseret namun hasrat mengejar kenderaan itu terbantut kerana kereta Proton Wira dipandunya dirempuh sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda Isuzu Trooper milik seorang lagi penyeludup.

“Memang ada rasa panik apabila melihat rakan diseret kenderaan penyeludup itu, tapi saya terus memikirkan cara nak selamatkan dia sahaja walau apa jua cara sekalipun.

“Bagaimanap­un, secara tiba-tiba kereta saya dihentam dengan kuat dari arah belakang sebelum pemandunya terus memecut Isuzu Trooper itu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, kelmarin.

Azmi berkata, dia cuba memandu dalam keadaan belakang kenderaan rosak dan kemek, tetapi tidak lama kemudian menerima panggilan dari mangsa memaklumka­n lokasi keberadaan­nya selepas berjaya melepaskan diri termasuk melepaskan dua das tembakan ke tayar kenderaan suspek.

Dalam kejadian 4 pagi Jumaat lalu, anggota PGA7 berusia 30 tahun itu diseret sejauh 100 meter oleh Mitsubishi Pajero dipandu penyeludup sebaik ditahan dan ingin melakukan pemeriksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia