Harian Metro

Pelajar tingkatan empat edar dadah

-

Mereka ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula 24 September lalu”

Mohd Yusri Hassan Basri

Empat lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes pengedaran dadah di sekitar daerah Pekan pada 23 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, empat lelaki berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan di tepi Jalan Kuantan-Segamat, Pekan pada 12 tengah hari.

Beliau berkata, dalam operasi dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang itu, pihaknya merampas dadah disyaki heroin seberat 1,806.46 gram (g) dan 1,072.27g syabu.

“Ujian saringan awal mendapati semua suspek negatif dan dua daripadany­a mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Mereka ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula 24 September lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya pada majlis pelupusan barang kes dadah JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Mohd Yusri berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis heroin dan syabu di sekitar daerah Pekan sejak enam bulan lalu.

Katanya, dengan tangkapan itu, pihaknya berjaya menumpaska­n kegiatan pengedaran dadah didalangi warga tempatan.

“Nilai keseluruha­n rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM162,648, masing-masing rampasan dadah bernilai RM62,000 manakala sitaan harta dan wang tunai berjumlah RM100,648.

“Jumlah keseluruha­n dadah terbabit boleh dibekalkan kepada 5,756 penagih,” katanya.

 ??  ?? MOHD Yusri (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n dadah yang akan dimusnahka­n pada majlis pelupusan barang kes dadah JSJN IPK Pahang di Kuantan, semalam.
MOHD Yusri (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n dadah yang akan dimusnahka­n pada majlis pelupusan barang kes dadah JSJN IPK Pahang di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia