Harian Metro

Bangga dengan Aliff

Bella akui suami sudah terima balasan di dunia, sedang baiki diri

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mengaku suaminya sudah menerima balasan di dunia menerusi hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap penyanyi itu.

Aliff dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakua­n tidak sopan di khalayak ramai dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.

Selepas dua minggu menjalani hukuman terbabit, Alif dibebaskan pada Ahad lalu.

Bella berkata, biarpun ujian yang diterima Alif berat, dia bangga dengan suaminya kerana tidak melarikan diri dan mengakui kesilapan dilakukann­ya.

“Tak semua berani mengaku kesalahan dan saya bangga dengannya. “Alhamdulil­lah ramai yang mendoakan tapi ada juga mulut jahat yang kata dia buat hal lagi sedangkan itu kes lama.

“Aliff sudah menerima balasan di dunia dan dia sedang memperbaik­i dirinya. Saya selalu berpesan kepadanya supaya sentiasa kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku kesilapann­ya.

“Dia pun tak lari daripada apa yang dah dia lakukan. Kes itu tidak terlalu berat tapi di Singapura sangat tegas sebab itu dia kena juga jalani hukuman yang sudah ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkongsi pembabitan­nya di karnival jualan makanan disertai baru-baru ini. Ujarnya, dua bersyukur jualan mendapat sambutan yang amat menggalakk­an

“Selepas lama tidak dapat turun padang untuk berniaga, alhamdulil­lah, dapat juga sambutan pelanggan. Ini merupakan kali ketiga saya sertai karnival makanan,” katanya.

Menurutnya, dia sangat seronok apabila berniaga, namun buat masa sekarang tiada perancanga­n untuk mengembang­kan perniagaan.

 ??  ?? BELLA
BELLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia