Harian Metro

Azhan tangguh tawan Gunung Siguniang

-

Pelakon Azhan Rani akur apabila perlu melupakan seketika impian menawan puncak Gunung Siguniang di Chengdu, China pada Oktober ini.

Azhan, 44, berkata, perancanga­n membuat pendakian di pergununga­n berais terkenal itu kini tergendala akibat penularan pandemik Covid-19.

“Perancanga­n awal untuk pendakian yang ekstrem ini sudah lama selepas balik dari misi menawan

Everest Base

Camp (EBC) pada

September tahun lalu.

“Saya memang selalu akan ambil peluang setahun sekali untuk melakukan misi pendakian bagi menawan gunung di kawasan agak mencabar.

“Ditambah, selepas kejayaan menawan EBC di Nepal itu, saya ingatkan tahun ini dapatlah rakam kenangan dan pengalaman bermakna melalui pendakian di Gunung Siguniang, China pula.

“Bagaimanap­un, melihatkan situasi wabak Covid-19 dalam negara yang kembali meningkat sejak akhir-akhir ini, saya pasrah. Apatah lagi, kini keselamata­n terhindar daripada wabak lebih utama,” katanya.

Kini keselamata­n terhindar daripada wabak lebih utama Azhan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia