Harian Metro

Zara enggan ulas muat naik gambar berhijab

-

Kuala Lumpur: Tindakan pelakon Zara Zya memuat naik gambar bertudung mengundang persoalan ramai terutama dalam kalangan peminat sama ada dia sudah bertudung.

Malah, menguatkan lagi spekulasi apabila

Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat beli- belah.

Bagaimanap­un, Zara, 35, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Maaf, sebab belum masanya lagi untuk keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya ringkas.

Namun, menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, Zara menulis kapsyen seolah-olah dia sudah berhijrah.

“Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaik­i diri kita yang sekarang,” katanya.

Bahkan, di ruangan komen, kebanyakan rakan selebriti dan pengikutny­a di media sosial mengucapka­n tahniah kepada Zara di atas perubahan berkenaan.

Pada masa sana, ramai juga yang mendoakan semoga Zara akan terus istiqamah jika memang dia kini sudah berhijab kerana kelihatan sangat manis dengan tudung dipakai.

Apa yang pasti, Zara yang pernah popular dengan drama Love You Mr Arrogant di TV3, kini giat membina empayar perniagaan dengan lebih serius yang diceburiny­a sejak Ramadan lalu.

 ??  ?? GAMBAR dimuat naik Zara di laman Instagram.
GAMBAR dimuat naik Zara di laman Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia