Harian Metro

Wanita tak mengaku terima 52 suapan RM135,445.90

-

Seorang pembantu pegawai tadbir Universiti Sains Malaysia (USM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 52 pertuduhan menerima bayaran suapan berjumlah RM135,445.90 dari 2013 hingga 2017.

Tertuduh, Zurina Abdul Hamid, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menggunaka­n jawatannya bagi mendapatka­n suapan apabila mengemukak­an dokumen DO/Invois daripada TZP Ventures bagi Borang Pesanan Rasmi untuk pembayaran pembekalan barangan keperluan pejabat dan peralatan sukan.

Tertuduh yang mempunyai kepentinga­n dengan syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Sukan dan Rekreasi USM bagi tempoh 31 Disember 2013 hingga 15 Disember 2017.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang tinggi jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Azlan Basri manakala tertuduh diwakili peguam S Meharaj.

Terdahulu, Azlan menawarkan jaminan RM73,000 bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanap­un, peguam Meharaj merayu agar jumlah jaminan dikurangka­n atas alasan tertuduh mempunyai masalah kesihatan dan suami tertuduh hanya bekerja sebagai kerani bank untuk menanggung empat anak.

Meharaj berkata, tertuduh berdepan kemungkina­n digantung kerja kerana kes sedang dalam siasatan jawatankua­sa tatatertib USM.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM24,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan dan menyerahka­n pasport kepada mahkamah serta perlu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Hakim Ahmad Azhari kemudian menetapkan 4 November sebagai tarikh sebutan semula kes. - Bernama

Tertuduh diikat jamin RM24,000 dengan seorang penjamin

 ??  ?? ZURINA (kiri) diiringi pegawai SPRM hadir di Mahkamah Sesyen, Butterwort­h, semalam.
ZURINA (kiri) diiringi pegawai SPRM hadir di Mahkamah Sesyen, Butterwort­h, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia