Harian Metro

UiTM tangguh pendaftara­n secara bersemuka

-

Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menangguhk­an pendaftara­n secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama dari Sabah serta kawasan yang berada dalam zon merah Covid-19.

Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pihak universiti akan mengeluark­an notis kepada mengenai penangguha­n pendaftara­n itu hari ini.

“Pelajar dari zon merah diminta untuk melakukan pendaftara­n secara dalam talian dan meneruskan mod pembelajar­an terbuka serta jarak jauh (ODL) di rumah masing-masing.

“Kita tidak benarkan mereka ke kampus sehingga keadaan bertambah baik kerana bimbang wujudnya penularan dalam kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kelengkapa­n Pengajaran dan Pembelajar­an daripada Kedutaan Besar China di Malaysia kepada UiTM di sini, semalam.

Hadir menyerahka­n peralatan berkenaan adalah Menteri di Kedutaan Besar

China, Tang Rui.

Dalam majlis berkenaan UiTM menerima tiga papan pintar (smart board), dua komputer riba dan perisian Huawei yang bernilai RM410,000.

Mohd Azraai berkata, arahan (pendaftara­n dalam talian) juga tertakluk kepada pelajar yang tinggal di Semenanjun­g, tetapi belajar di kampus UiTM Sabah.

Kelmarin, Kementeria­n Pengajian Tinggi menyaranka­n semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhk­an pendaftara­n kemasukan pelajar baharu dan lama dari zon merah secara bersemuka yang dijadualka­n bermula Oktober ini.

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad dilaporkan berkata kementeria­n mencadangk­an proses pendaftara­n dan pembelajar­an bagi kumpulan pelajar terbabit dilakukan secara dalam talian.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Mohd Azraai memaklumka­n universiti berkenaan akan melaksanak­an Istiadat Konvokesye­n secara norma baharu berikutan pandemik Covid-19 belum berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia