Harian Metro

Ujian saringan Covid-19 perlu ambil masa

-

Ujian saringan Covid-19 tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada keputusan saringan terbabit.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berharap penumpang yang disaring memahami prosedur yang sudah ditetapkan itu.

“Perkara ini (ujian saringan Covid-19) perlu dilakukan secara berhati-hati dan tidak boleh tergesa-gesa. Contohnya ketika proses calitan, ia tidak boleh buat cepat.

“Kerana kita mahu beri keputusan saringan itu secara tepat. Jadi, kita minta penumpang ini faham dengan peraturan yang sudah ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.

Sebelum ini, tular di media sosial penumpang dari Sabah terpaksa menunggu lebih enam jam bagi menjalani ujian saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Sabtu lalu, Ketua Pengarah

Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumka­n peraturan mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah menjalani saringan Covid-19 di kawasan pintu masuk bermula 27 September hingga 10 Oktober ini.

Pengumuman itu berikutan penambahan jumlah kes baharu Covid-19 secara drastik di negeri berkenaan.

 ??  ?? PENUMPANG yang baru tiba dari Sabah menunggu giliran untuk ujian swab Covid-19 di Hospital Labuan, semalam.
PENUMPANG yang baru tiba dari Sabah menunggu giliran untuk ujian swab Covid-19 di Hospital Labuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia