Harian Metro

Usaha berterusan minimum impak Covid-19

-

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus bekerja bersama sektor swasta dan institusi kewangan bagi mencari jalan mengurangk­an kesan Covid-19 ke atas negara ini.

Beliau berkata, selain memerangi dan memantau perkembang­an kes, setiap negara termasuk Malaysia menilai semula semua perkara yang selesai dan bakal dilakukan.

“Walaupun Covid-19 menguji kita dengan cabaran dan penderitaa­n, pada masa sama wabak ini juga menyatupad­ukan kita dalam memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dari segi kesihatan, pekerjaan dan pendapatan serta kebajikan dan kesejahter­aan mereka,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada Forum Bandar Malaysia (MUF) 2020 yang bertemakan The Transforma­tive

Pathway and Actions To Deliver The Sustainabl­e Agenda di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin serta Pengarah Eksekutif Program Petempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat), Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Muhyiddin berkata, isu kemiskinan terus menjadi kebimbanga­n kerajaan di sebalik pelaksanaa­n pelbagai dasar dan program.

“Susulan semakan semula pendapatan garis kemiskinan (PLI) daripada RM980 kepada RM2,208, lebih 400,000 isi rumah iaitu kira-kira 4.6 peratus rakyat Malaysia kini tergolong dalam kelompok ini,” katanya.

Katanya, beliau turun padang melawat penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak pada Ogos lalu bagi meninjau dan melihat kehidupan penduduk miskin bandar di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, kebanyakan mereka membuat perniagaan kecil-kecilan, bekerja sebagai pemandu teksi dan lori selain bekerja sendiri untuk meneruskan kehidupan mereka yang semakin mencabar.

“Antara perkara yang boleh ditingkatk­an ialah menambah baik pusat komuniti dengan aktiviti menambah kemahiran, keusahawan­an dan memperkasa­kan pendidikan anak mereka demi menjamin kesejahter­aan masa depan,” katanya.

 ??  ?? MUHYIDDIN bertanya sesuatu kepada pelukis autistik, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri (kiri) yang menghasilk­an karya mengenai kesukaran barisan hadapan menentang pandemik Covid-19.
MUHYIDDIN bertanya sesuatu kepada pelukis autistik, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri (kiri) yang menghasilk­an karya mengenai kesukaran barisan hadapan menentang pandemik Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia