Harian Metro

Tunggu enam jam jalani ujian Covid-19

-

Ribuan penumpang yang baru tiba dari Sabah menunggu lebih enam jam bagi menjalani saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Azizul Osman, berkata dia tiba di KLIA jam 6.45 petang Ahad lalu dari Kota Kinabalu bersama hampir 150 penumpang yang lain.

Katanya, semua penumpang diarah keluar melalui pintu antarabang­sa namun selepas hampir 30 minit beratur, dia tidak menerima sebarang arahan.

“Masa tu memang tiada penjarakan fizikal kerana terlampau ramai orang, selepas sejam beratur baru kami diberikan borang dan diminta beratur lagi.

“Pada jam 9.17 malam baru dapat arahan beratur bagi membuat ujian saringan Covid-19. Pada ketika itu hanya ada empat kaunter saringan.

“Selepas selesai ujian saringan, kami menunggu lagi sehingga nama dipanggil dan saya dipanggil jam 12 tengah malam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azizul berkata, ada antara penumpang yang secara sukarela membantu memanggil nama sebelum menjalanka­n ujian saringan.

Sementara itu, seorang lagi penumpang, Sulaiman Yeop, 61, berkata, dia tiba di KLIA jam 12 tengah malam Ahad dari Kota Kinabalu dan selesai menjalani ujian saringan jam 6 pagi semalam.

“Sebaik tiba, kami diminta berada di dalam ruang legar dan hanya dipanggil pada jam 3.30 pagi untuk ke kawasan pemeriksaa­n.

“Semua penumpang dibawa ke kawasan pemeriksaa­n mengikut penerbanga­n, maknanya penerbanga­n sebelum kami diminta membuat pemeriksaa­n dahulu dan selepas habis baru diminta ke lokasi seterusnya.

“Ini bagi mengelakka­n lebih ramai penumpang di kawasan pemeriksaa­n dalam satu-satu masa. Petugas kesihatan ada 10 orang, tetapi itu pun tidak cukup.

“Jika ditambah kaunter pemeriksaa­n, mungkin dapat mengelakka­n penumpang menunggu terlalu lama untuk membuat pemeriksaa­n,” katanya.

Sulaiman berkata, selepas menjalani ujian calitan, beliau diminta menunggu lagi bagi memakai gelang kuarantin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia