Harian Metro

Bunuh guna kapak

Bekas drebar mengaku kesalahan pada hari pertama bela diri

- Bernama

Kecederaan yang dialami mangsa juga menurut forensik tidak fatal dan boleh dirawat, yang dalam kes ini tertuduh sudah membantu merawat mangsa”

Bekas pemandu bas dipenjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabka­n kematian seorang lelaki menggunaka­n kapak.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhka­n hukuman itu selepas Mohd Dahreen Yunus, 32, menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama prosiding membela dirinya.

Mahkamah memerintah­kan Mohd Dahreen menjalani hukuman terbabit di Penjara Kajang bermula dari tarikh tangkap pada 24 Ogos 2018.

Mohd Dahreen didakwa

Azi Azlin

menyebabka­n kematian S Yesuva Devan, 22, di tepi jalan Taman Bukit Anggerik di sini, antara jam 11 pagi dan 12 tengah hari, 23 Ogos 2018 mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Azi Azlin Zulkifli memohon hukuman minimum dengan alasan itu adalah kesalahan pertama anak guamnya dan kematian mangsa bukan kematian yang sudah dirancang tertuduh serta dilakukan secara kejam.

“Kecederaan yang dialami mangsa juga menurut forensik tidak fatal dan boleh dirawat yang dalam kes ini tertuduh sudah membantu merawat mangsa.

“Kecederaan juga hanya membabitka­n satu tetakan sahaja dan bukan berkali-kali serta bukan pada kepala atau organ vital seperti kebanyakan kes.

“Tertuduh mempunyai dua anak masih kecil, isterinya tidak bekerja serta ibu bapa tertuduh menghidap angin ahmar dan buah pinggang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya N Joy Jothi memohon hukuman yang dapat memberi kesan pencegahan dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan serius.

“Kesalahan ini tidak boleh dipandang rendah, seramai 14 saksi pendakwaan sudah memberikan keterangan di mahkamah.

“Niat jahat tertuduh jelas kelihatan apabila mendatangk­an kecederaan dengan menggunaka­n kapak,” katanya.

Sebelum ini, tertuduh didakwa dan dibicaraka­n atas pertuduhan membunuh mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanap­un, pada 25 September lalu, mahkamah memerintah­kan lelaki itu membela diri atas pertuduhan menyebabka­n kematian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia