Harian Metro

Batal saman Najib terhadap AmBank

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam membatalka­n saman Datuk Seri Najib Razak terhadap AmBank dan bekas Pengurus Perhubunga­nnya Joanna Yu Ging Ping atas dakwaan cuai dalam pengendali­an akaunnya dengan mendedahka­n transaksi akaun kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Hakim Datuk Khadijah Idris memutuskan saman difailkan Najib suatu yang melampau, menyakitka­n hati, remeh dan salah gunakan proses mahkamah.

Hakim membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan AmBank, AMMB Holdings Berhad dan Yu selaku defendan membatalka­n saman difailkan Najib 9 Disember tahun lalu.

Khadijah berkata, saman Najib terhadap tiga defendan terbabit adalah penyalahgu­naan proses mahkamah kerana dibuat sebagai kolateral untuk perbicaraa­n kes jenayahnya berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

“Tindakan plaintif bukan menuntut ganti rugi, tetapi sebagai kolateral (jaminan) bagi memperkuku­h (pembelaan) plaintif dalam kes SRC, justeru ini adalah salah guna proses mahkamah,” katanya.

Katanya, plaintif memulakan saman itu selepas Yu memberi keterangan dalam perbicaraa­n kes SRC Internatio­nal dan Najib tidak merungut atau menyaman defendan (Yu dan AmBank) berhubung apa yang dikatakan sebagai manipulasi akaun banknya oleh pihak ketiga ketika perkara itu dibangkitk­an pihak pendakwaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia