Harian Metro

AG Beauty mampu naik seri wajah

-

AG Nutrition Internatio­nal Sdn Bhd menyasarka­n jualan sebanyak RM20 juta sebulan dengan pelancaran produk set penjagaan kulit terbarunya, AG Beauty.

Merangkumi serum dan penyembur wajah, AG Beauty adalah produk siri ketiga keluaran syarikat itu selepas AG Cera iaitu pemakanan antioksida­n serta AG Drinks, kopi butterscot­ch berkhasiat.

Pengasas Bersama, Muhammed Fahmi Azmi berkata, berdasarka­n dua produk terdahulun­ya, jumlah jualan pada Ogos lalu sahaja direkodkan mencecah RM16.3 juta dengan 100,000 ejen jualan aktif di seluruh dunia.

Justeru, dengan pelancaran AG Beauty ini, pihaknya yakin dan menjangkak­an peningkata­n jualan sehingga RM5 juta sebulan.

“Kami mengambil masa setahun untuk menghasilk­an produk penjagaan kulit AG Beauty ini. Jadi, pastinya sudah ramai pengedar yang mengetahui dan menunggu saat ia dilancarka­n.

“Jadi, sebaik dilancarka­n 8.30 pagi tadi (semalam), kami sudah menjual 1,000 botol dalam masa sehari.

“Dengan sambutan yang menggalakk­an itu juga, kami yakin dapat menjual 60,000 botol sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Berasaskan teknologi dari Perancis, AG Beauty terdiri daripada semburan wajah dan serum yang dikenali sebagai AG Beauty Face

Mist dan AG Beauty Serum.

AG Beauty Face Mist berkesan dalam memberi hidrasi ke atas kulit, melindungi serta menaikkan seri wajah yang mengandung­i Matrixyl 3000, Ceramoside­s HP, Ekstrak Cendawan, Sodium Hyaluronat­e dan Ekstrak Sakura.

AG Beauty Serum yang mengandung­i bahan seperti air Hidrogen, air Ros, ekstrak Kulit Pokok Willow, Alpha Arbutin dan

Allantoin pula dapat membantu menghalusk­an, menegangka­n kulit, memberi kelembapan, mengimbang­kan tona kulit serta membendung jerawat.

Selain itu, Pengasas Bersama, Mohd Hafiz Salleh berkata, kepelbagai­an produk itu dijangka dapat melonjakka­n perniagaan ejennya di seluruh 24 negara dan secara langsung ia dapat mengukuhka­n lagi kedudukan syarikat ini dalam jangka panjang.

“Berdasarka­n rekod pertumbuha­n perniagaan yang positif sepanjang beroperasi selama 15 bulan sejak pelancaran produk pertama, kami yakin AG Beauty ini mampu meningkatk­an lagi pembanguna­n usahawan berpendapa­tan tinggi di peringkat domestik mahupun global.

“Tahun depan, kami bakal melancarka­n aplikasi e-dagang. Jadi, syarikat perlu mempunyai pelbagai produk dan pembanguna­n produk adalah fokus utama selepas pelancaran AG Beauty ini,” katanya. Pelancaran produk AG Beauty itu turut menyaksika­n selebriti tanah air, Intan Ladyana dilantik sebagai duta produk set penjagaan kulit AG Beauty.

Majlis itu turut dihadiri 200 ejen tertinggi AG Nutrition dari seluruh negara.

Kami mengambil masa setahun untuk menghasilk­an produk penjagaan kulit AG Beauty ini”

Muhammed Fahmi

 ??  ?? INTAN Ladyana (dua dari kiri) bersama pengasas AG Nutrition Internatio­nal Sdn Bhd pada majlis pelancaran set penjagaan kulit AG Serum dan AG Beauty Face Mist.
INTAN Ladyana (dua dari kiri) bersama pengasas AG Nutrition Internatio­nal Sdn Bhd pada majlis pelancaran set penjagaan kulit AG Serum dan AG Beauty Face Mist.
 ??  ?? INTAN Ladyana menunjukka­n produk AG Beauty.
INTAN Ladyana menunjukka­n produk AG Beauty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia