Harian Metro

Empat masjid di Kuantan diarah tutup sementara

-

Empat masjid diarahkan ditutup sementara mulai Jumaat lalu berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 membabitka­n seorang individu di daerah ini.

Empat masjid itu adalah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (MSAS) Sungai Isap, Masjid Othman Ibnu Affan Bukit Rangin, Masjid Lama Permatang Badak dan Masjid al-Hidayah Paya Besar.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, penutupan empat masjid berkenaan dibincangk­an dalam mesyuarat Task Force Jumaat lalu yang dipengerus­ikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak.

Menurutnya, pada mesyuarat itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) diminta meneliti keperluan untuk mengarahka­n masjid di sekitar rumah individu disahkan positif Covid-19 itu supaya tidak mengadakan solat Jumaat dan ditutup sementara.

“Keputusan dibuat bagi mengelak berlaku penularan atau jangkitan kes disebabkan berada bersama individu positif Covid-19 di sekitar kawasan terbabit.

“Keputusan ini diambil demi keselamata­n masyarakat setempat dan langkah pencegahan awal supaya ia tidak menjangkit­i dan merebak kepada pihak lain.

“Saya berharap masyarakat tidak terlalu cemas berikutan terdapat kes Covid-19 di daerah ini dan Jerantut kerana Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi berkaitan sudah mengambil langkah pencegahan ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, masyarakat dinasihatk­an tidak panik dengan penutupan sementara empat masjid berkenaan, sebaliknya terus patuh kepada arahan kerajaan dalam mengamalka­n norma baharu bagi menyekat penyebaran virus Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia