Harian Metro

MB Perlis mula kuarantin

-

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mula menjalani perintah kuarantin sehingga 8 Oktober berikutan baru pulang dari Sabah, Sabtu lalu.

Azlan berkata, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), semalam bersama pengawal peribadiny­a yang turut berkunjung ke Sabah.

Menurutnya, beliau mengambil langkah awal dan menjalani perintah kuarantin sejurus sampai di Perlis sekembalin­ya dari Semporna, Sabah.

“Ya, saya sedang (menjalani) kuarantin sejak tiba di Perlis pada 26 September.

“Pagi tadi (semalam) saya pergi buat ujian Covid-19, keputusan akan diketahui dalam satu hari lagi dan doktor nasihatkan saya untuk melakukan kuarantin di rumah sehingga 8 Oktober.

“Jika ujian negatif, saya tidak perlu sambung kuarantin dan jika positif, kuarantin terus hingga 8 Oktober,” katanya. Kelmarin, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 150 kes baharu dan satu kematian serta mengenal pasti dua kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Buang Sayang di Sipitang dan Kluster Kampung Sakong di Semporna. Sebelum ini, enam kluster dikenal pasti di Sabah iaitu Kluster Benteng LD, Bangau-Bangau, Bakau, Pulau, Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau.

 ??  ?? AZLAN
AZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia