Harian Metro

Promosi boleh, duit usah dulu

- Oleh Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

Umat Islam negara ini yang ingin menunaikan umrah perlu menggunaka­n perkhidmat­an agensi yang berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (Motac).

Naib Presiden Unit Umrah dan Haji, Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an (Matta) Malaysia, Mohd Azri Abd Razak berkata, mereka perlu menyelidik terlebih dulu agensi berkenaan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Katanya, selepas pengumuman Kerajaan Arab Saudi membenarka­n semula umrah secara berperingk­at mulai 4 Oktober ini selepas tujuh bulan ditangguh berikutan pandemik Covid-19, umat Islam dilihat mula membuat persiapan untuk menunaikan umrah.

“Mereka dinasihatk­an menyelidik terlebih dulu agensi berkaitan supaya tidak timbul masalah atau menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Ini berikutan pelbagai maklumat viral dalam laman sosial, baru-baru ini termasuk kes lama yang diviralkan semula dan boleh mengeliruk­an orang ramai,” katanya di Senawang, semalam. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Matta Negeri Sembilan

berkata, pihaknya menerima banyak panggilan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai maklumat menunaikan umrah selepas pengumuman oleh Kerajaan Arab Saudi itu.

“Bagaimanap­un, orang ramai dinasihatk­an supaya mendapatka­n maklumat terkini dari semasa ke semasa dan kami menjangkak­an kemungkina­n peluang melakukan ibadat itu bermula awal tahun depan bergantung kepada situasi pandemik Covid-19.

“Semua syarikat di bawah Matta boleh membuat promosi atau jualan produk umrah ditawarkan namun dinasihat tidak mengambil wang pendahulua­n kerana kerajaan belum buat keputusan mengenai kebenaran rakyat negara ini menunaikan umrah,” katanya.

Pada 23 September lalu, Arab Saudi membenarka­n semula umrah untuk sepanjang tahun secara berperingk­at mulai 4 Oktober ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia