Harian Metro

Nama besar sejarah KL

Menteri Wilayah Persekutua­n minta penjelasan DBKL tukar nama Jalan Raja Laut

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Menteri Wilayah Persekutua­n Tan Sri Annuar Musa menuntut penjelasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menukar nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin.

Pertukaran nama itu berkuat kuasa kelmarin dan dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Annuar berkata, nama Jalan Raja Laut membawa makna besar dalam sejarah Melayu dan Kuala Lumpur.

“Saya tiada halangan nak makan (nak namakan) jalan di KL Jalan Palestin sebagai tanda sokongan KL kepada perjuangan pembebasan Al-Quds.

“Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan KL,” katanya dalam ciapan di laman Twitter. Annuar turut mempersoal­kan sebab DBKL tidak memilih nama jalan Inggeris yang lain seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Jalan Cochrane dan banyak lagi. Bagaimanap­un, DBKL dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumka­n penukaran nama jalan itu dibuat selepas mengambil kira sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

Nor Hisham berkata, cadangan menukar nama jalan itu tercetus ketika Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lalu.

“Kementeria­n Wilayah Persekutua­n memohon DBKL menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.

“Menamakan Jalan Palestin itu sebagai simbol sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin,” katanya.

Saya mahu penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan KL

Annuar Musa

 ??  ??
 ??  ?? PAPAN tanda nama Jalan Palestin di pusat bandar Kuala Lumpur.
PAPAN tanda nama Jalan Palestin di pusat bandar Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia