Harian Metro

Hargai sokongan, terus berkhidmat

-

Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong parti diterajuin­ya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau menghargai sokongan dan menyatakan akan terus berkhidmat kepada rakyat di posisi sebagai pembangkan­g.

“Terima kasih banyak atas semua sokongan diberikan rakyat Sabah. Kita akan terus berkhidmat,” katanya di pekarangan kediaman rasminya di Rumah Yayasan Sabah di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Shafie juga enggan mengulas lanjut pelantikan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah baharu.

Terdahulu, penyokong Mohd Shafie berkumpul di perkaranga­n kediaman rasminya itu pagi semalam.

Dipercayai semua pemimpin tertinggi termasuk Mohd Shafie masih sedang berada dalam kediaman itu termasuk Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

Pada Sabtu lalu, seramai 1.12 juta pengundi menunaikan hak memilih wakil rakyat mereka yang menyaksika­n Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tampuk pemerintah­an negeri.

Gabungan yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu memperoleh 38 kerusi, lebih satu kerusi daripada majoriti mudah yang diperlukan iaitu 37 kerusi bagi membentuk kerajaan baharu.

Warisan Plus, yang terdiri daripada Warisan, DAP, PKR dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) pula mendapat 32 kerusi manakala Bebas memenangi tiga kerusi.

 ??  ?? SHAFIE di Rumah Yayasan Sabah, semalam.
SHAFIE di Rumah Yayasan Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia