Harian Metro

Tauke kristal lega kekal staf

-

Kota Kinabalu:

Riak muka yang ceria dan senyum lebar mungkin tidak cukup untuk menggambar­kan rasa syukur dan terharu kalangan usahawan atas keprihatin­an kerajaan yang mengumumka­n inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, baru-baru ini.

Bagi mereka yang terjejas perniagaan akibat penularan Covid-19, bantuan tambahan berkenaan adalah kesinambun­gan daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan kerajaan sebelum ini membuatkan mereka berasa peranan kecil mereka menyemarak­kan ekonomi dihargai kerajaan.

Bagi usahawan barangan kristal dan mutiara di sini, Michelle Kugan, 48, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan kerana dapat menikmati manfaat Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) di bawah Tekun Nasional sebelum ini.

Tambah menggembir­akannya ialah apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin

Yassin sendiri sekali lagi mengumumka­n inisiatif Kita Prihatin minggu lalu dalam usaha kerajaan terus membantu peniaga dan menggerakk­an pemulihan ekonomi dengan lebih pantas.

Bantuan Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion itu, katanya, mengambil kira beban ditanggung usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pelbagai peruntukan termasuk Program Subsidi Upah 2.0.

“Ingatan berterusan kerajaan terhadap beban ditanggung usahawan PKS amat melegakan saya.

“Paling utama, ia menstabilk­an keadaan kewangan dan saya boleh membuat perancanga­n untuk menyusun keadaan yang genting, justeru bantuan diberi memang membantu,” katanya.

Anak jati Tuaran itu berkata, bantuan Penjana yang diterima sebelum ini membolehka­n beliau mengekalka­n pekerja.

“Dengan adanya bantuan

Penjana, saya boleh meneruskan perniagaan tanpa perlu memberhent­ikan pekerja yang setia bersama saya sejak 20 tahun lalu.

“Dalam detik menyukarka­n ini, kerajaan tampil memberi penyelesai­an yang dinantikan,” katanya di kedainya.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda sehingga membawa kepada pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Michelle berkata, perniagaan­nya banyak bergantung kepada pelancong dengan sebahagian besarnya dari Semenanjun­g, Korea, China dan Jepun.

Malah, beliau turut menerima tempahan khas pelanggan dan kunjungan pelancong yang dibawa pemandu pelancong dengan bas setiap hari.

Pemilik kedai Bejewelled itu berkata, bahang kekurangan pelanggan mula terasa apabila pelancong China disekat memasuki negara ini kerana penularan Covid-19, awal tahun ini.

“Pelancong asing terutama dari China mulai berkuranga­n sekitar Februari lalu dan apabila PKP dilaksanak­an,

saya menutup operasi kedai sambil berfikir apa yang perlu dilakukan untukk mengekalka­n perniagaan.

“Lebih saya risaukan ialah nasib pekerja kerana mereka sudah lama berkhidmat, tidak mungkin saya tambah kesukaran yang ada dengan memberhent­ikan kakitangan.

“Sebaik Perdana Menteri umumkan bantuan untuk peniaga, saya cari maklumat di Internet.

“Saya memohon bantuan terbabit dan diluluskan dalam tempoh sebulan setengah, malah pegawai Tekun banyak membantu menguruska­n permohonan itu,” katanya.

Michelle berkata, setiap persoalann­ya dijawab dengan jelas dan pinjaman RM10,000 yang diperoleh banyak mengurangk­an beban kewangan dari segi sewa kedai dan gaji pekerja.

Mengakui perniagaan tidak serancak dulu, beliau tetap bersyukur kerana Penjana menjamin kelangsung­an operasi dan kini beliau banyak beralih untuk memasarkan produk secara dalam talian.

 ??  ?? MICHELLE antara penerima manfaat bantuan Kita Prihatin dan skim CBRM Tekun Nasional.
MICHELLE antara penerima manfaat bantuan Kita Prihatin dan skim CBRM Tekun Nasional.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia