Harian Metro

Tenang walaupun hadap dua kali ‘geruh’

-

Gua Musang:

Ketenangan selepas mengucap dua kalimah syahadah membawa berkat kepada lelaki Orang Asli apabila sah bergelar suami dengan sekali lafaz pada pernikahan di majlis sama, semalam.

Walari Ibrahim, 22, berasal dari Kampung Kuala Betis, dekat sini, memeluk Islam di hadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Amran Ariffin.

Menurutnya, dia memang gementar kerana selepas mengucap dua kalimah syahadah, dia perlu melaksanak­an majlis akad nikah pula.

“Alhamdulil­lah, selepas mengucap dua kalimah syahadah, saya merasa tenang dan dengan sekali lafaz sudah sah menjadi suami kepada

Alhamdulil­lah, selepas mengucap dua kalimah syahadah, saya merasa tenang”

Walari

Nurul Nursyafika Yahya, 21.

“Nurul Nursyafika adalah Orang Asli dari kampung sama dan dia sudah lama memeluk Islam. Saya sudah lama menyimpan hasrat memeluk Islam dan ia ditunaikan pada hari ini.

“Ini berikutan hanya tinggal saya seorang daripada 12 adik beradik belum berbuat demikian dan bapa saya, Ibrahim Marijan memeluk Islam tiga bulan lalu,” katanya ketika ditemui di Surau Kuala Betis, semalam.

Walari berkata, dia dan isteri mendalami agama Islam di Surau Kuala Betis supaya dapat membina keluarga diberkati dan sentiasa mendapat bimbingan daripada adik beradiknya.

Katanya, dia banyak belajar dan mendalami Islam menerusi guru agama dilantik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Sementara itu, Amran berkata, kesedaran masyarakat Orang Asli untuk memeluk Islam semakin bertambah sejak kebelakang­an ini termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

 ??  ?? WALARI (kiri) mengucap syahadah di hadapan Amran sebelum akad nikahnya, semalam.
WALARI (kiri) mengucap syahadah di hadapan Amran sebelum akad nikahnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia