Harian Metro

Baru 5 tahun sudah 30 juzuk

Bapa bersyukur hasrat lihat Ainun Mardhiah khatam al-Quran di usia muda jadi kenyataan

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

“Ainun membaca al-Quran dua muka surat sehari secara istiqamah (berterusan) sejak Oktober 2019,” kata Mohd Hafizuddin Senawi, bapa kepada Ainun Mardhiah.

Gambar Ainun Mardhiah, 5, dari Kampung Kubang Besar, Bukit Payong tular di media sosial sejak kelmarin selepas berjaya khatam 30 juzuk al-Quran pada usia lima tahun pada Majlis Khatam al-Quran di Surau Kubang Besar, Marang.

Kejayaan Ainun itu mendapat perhatian dan pujian warganet yang menganggap­nya sebagai pencapaian luar biasa dan dibanggaka­n.

Mohd Hafizuddin, 32, berkata, dia bersyukur kerana hasratnya untuk melihat anaknya khatam al-Quran pada usia muda tercapai.

“Saya dan isteri, Saodah Salleh, 30, memperdeng­arkan al-Quran kepada Ainun sejak dia masih dalam kandungan.

“Kami penghafal al-Quran dari Maahad Tahfiz Padang

Midin, jadi menjadi kelaziman kami membaca al-Quran pada setiap hari.

“Alhamdulil­lah, berkat amalan itu, Ainun turut berminat belajar al-Quran dan sudah boleh membaca al-Quran pada usia tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri bergilir-gilir mengajar anaknya itu membaca al-Quran dan apabila selesai solat Maghrib setiap hari, Ainun menghabisk­an bacaan dua muka surat sehari.

“Saya tetapkan hanya dua muka surat sehari dan dalam tempoh sebulan Ainun berjaya membaca tiga juzuk al-Quran.

“Ainun tidak perlu dipaksa atau disuruh membaca al-Quran kerana amalan itu sudah menjadi kelaziman dan rutin hariannya,” katanya yang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Menurutnya, dia dan isteri tidak menyediaka­n makanan khas, tetapi menjaga pemakanan anaknya itu termasuk mengehadka­n pengambila­n makanan tidak berkhasiat.

Katanya, selepas ini Ainun mula menghafal al-Quran dan setakat ini sudah menghafal 10 surah lazim.

Saya dan isteri,

Saodah Salleh memperdeng­arkan al-Quran kepada Ainun sejak dia masih dalam kandungan”

Mohd Hafizuddin

 ??  ?? AINUN Mardhiah memperdeng­arkan bacaan al-Quran.
MOHD Hafizuddin bersama Ainun Mardhiah.
AINUN Mardhiah (tengah) bersama jemaah Surau Kubang Besar, Marang, semalam.
AINUN Mardhiah memperdeng­arkan bacaan al-Quran. MOHD Hafizuddin bersama Ainun Mardhiah. AINUN Mardhiah (tengah) bersama jemaah Surau Kubang Besar, Marang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia