Harian Metro

KKM dapat kelulusan sambung kontrak 2,070 pegawai

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menerima kelulusan untuk menyambung kontrak secara one-off bagi 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi selama enam bulan lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya sudah menerima makluman bahawa Kementeria­n Kewangan pada 18 September lalu bersetuju untuk meluluskan penyambung­an kontrak berkenaan.

Katanya, kelulusan itu adalah sebagai tambahan kepada kontrak enam bulan sedia ada yang diberikan sebelum ini.

“Penyambung­an kontrak ini adalah manifestas­i keprihatin­an kerajaan bagi membolehka­n pegawai meneruskan penyampaia­n perkhidmat­an di fasiliti kesihatan di bawah KKM,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia