Harian Metro

Keluar terus lesap

Dua lelaki dilaporkan hilang di kawasan Simpang Ampat

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Simpang Ampat di sini, pada November tahun lalu dan Julai lalu.

Azli Majid, 42, yang bekerja sambilan di kelab golf dekat Bukit Gantung, Georgetown dilaporkan hilang pada 18 November tahun lalu selepas keluar menunggang motosikal Yahama Ego berwarna ungu dengan plat PNX 940.

Ibu mangsa memaklumka­n anaknya itu adalah seorang pesakit mental dan keluar rumah dengan membawa beg pakaian tanpa memaklumka­n destinasi ditujunya.

Manakala, Shalee Noi, 46, dilaporkan hilang pada 2

Julai lalu selepas memberitah­u isterinya dia pergi ke sebuah wat Siam untuk menenangka­n fikiran.

Jurucakap polis berkata, sebelum itu, Shalee bersama isterinya keluar ke bank untuk membuat semakan Amanah Saham Berhad (ASB) milik ibunya, tetapi mendapati tiada wang di dalam akaun berkenaan.

“Isterinya bertanyaka­n mengenai wang terbabit namun dia tidak memberitah­unya, sebaliknya menghantar isterinya pulang ke rumah mereka sebelum keesokan harinya menghubung­i isterinya supaya mengambil kereta diparkir di Balai Polis Tasek Mutiara.

“Apabila isterinya tiba didapati suaminya tiada dan ketika dihubungi, lelaki itu memaklumka­n mahu menenangka­n fikiran serta ingin membuang dosa di sebuah wat Siam.

“Ketika wanita itu menghubung­i semula suaminya, panggilan sudah tidak berjawab dan dia datang membuat laporan kerana bimbang terjadi apa-apa terhadap suaminya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat terhadap kedua-dua mangsa dilaporkan hilang diminta menghubung­i Sarjan Rosdhi Mohd Sali di talian 04-5887300 atau 012-5764190.

Sesiapa ada maklumat diminta hubungi Sarjan Rosdhi di talian 04-5887300 atau 012-5764190

 ??  ?? SHALEE
SHALEE
 ??  ?? AZLI
AZLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia