Harian Metro

JPV tak sedia bantuan khusus kepada keluarga Mowgli Malaysia

-

Kuantan: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) tidak menyediaka­n bantuan khusus untuk membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali sebagai Mowgli Malaysia susulan 57 kerbau mereka mati kerana diserang penyakit Haemorrhag­ic Septicaemi­a (HS) atau hawar berdarah sejak 9 September lalu.

Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, pihaknya hanya menyediaka­n bantuan suntikan vaksin dan rawatan secara percuma sahaja, sebelum ini.

Beliau berkata, keluarga Muhammad Syukur difahamkan menerima bantuan

Keluarga Muhammad Syukur akan menerima bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu

vaksin dan rawatan secara percuma daripada JPV Terengganu sejak ternakanny­a disahkan mengidap HS.

“Saya difahamkan keluarga Muhammad Syukur akan menerima bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu selepas 57 kerbau mati kerana diserang HS.

“Bantuan berkenaan bukti keprihatin­an kerajaan negeri terhadap penternak berkenaan yang mengalami kerugian besar selepas ternakanny­a mati mengejut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia