Harian Metro

Suri rumah jual arak tiruan ditahan

-

Kulim:

Seorang wanita menjadikan rumahnya di Lorong Perak 2 di sini, sebagai tempat untuk membotolka­n semula arak disyaki tiruan untuk mengaut keuntungan mudah sejak dua bulan lalu.

Suri rumah berusia 53 tahun itu dikatakan membeli arak pada harga RM15 sebotol dan mampu memperoleh keuntungan sehingga RM400 selepas mengisinya semula ke dalam botol kecil.

Malah, suspek dipercayai menjual arak berkenaan pada harga RM6 sebotol.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Azhar Hashim berkata, perbuatan wanita terbabit terbongkar apabila rumahnya diserbu sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kulim Hi-Tech pada 12.30 tengah hari, kelmarin.

Beliau berkata, hasil maklumat awam, pihaknya melakukan pemerhatia­n hampir 15 minit dan mendapati beberapa lelaki berada di pagar rumah wanita berkenaan untuk membeli arak terbabit.

“Kami menghantar anggota untuk menyamar sebagai pelanggan dan mendapati wanita itu menjual arak kepada anggota terbabit.

“Berikutan itu, anggota kami terus melakukan serbuan di rumah berkenaan dan merampas wang tunai RM6 digenggam wanita itu dan menahannya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia