Harian Metro

Manfaat pembiayaan mudah

-

Usahawan mikro di Malaysia kini boleh memanfaatk­an akses pembiayaan mudah bernilai RM150 juta melalui Aspirasi Assist.

Aspirasi Assist diperkenal­kan menerusi kerjasama SME Corp Malaysia (SME Corp) dan Aspirasi, penyedia perkhidmat­an kewangan digital di bawah Axiata Digital Capital Sdn Bhd.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya melalui SME Corp akan bekerjasam­a dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta bagi meningkatk­an akses pembiayaan untuk usahawan mikro.

Katanya, pembabitan sektor swasta seperti Aspirasi ini sekali gus membantu mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap kerajaan dalam pemberian dana.

“Permintaan untuk pembiayaan terus meningkat, oleh itu kapasiti kerajaan juga terbatas dan kami sentiasa menyokong syarikat swasta yang diiktiraf dalam menyediaka­n alternatif pembiayaan.

“Justeru, kementeria­n akan mempermuda­h dan mempromosi­kan akses ke landskap kewangan yang pelbagai melalui platform pembiayaan alternatif yang dipelopori oleh sektor swasta,” katanya kepada media di majlis menandatan­gani memorandum perjanjian (MoA) antara SME Corp dan Aspirasi di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy; Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital, Mohd Khairil Abdullah dan Pengarah Eksekutif Aspirasi, Sheyantha Abeykoon.

 ??  ?? DR Wan Junaidi (tengah) menyaksika­n pertukaran MOA di antara Rizal (kiri) dan Sheyantha.
DR Wan Junaidi (tengah) menyaksika­n pertukaran MOA di antara Rizal (kiri) dan Sheyantha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia