Harian Metro

Trak LNG dilengkapi tangki kriogenik

-

Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menjadi penyedia penyelesai­an gas cecair asli (LNG) pertama yang menggunaka­n trak untuk pelanggan di luar grid di Semenanjun­g Malaysia.

Ia berikutan pelancaran penyelesai­an Sistem Paip Maya (VPS) melalui Terminal Regasifika­si (RGT) di Pengerang, Johor.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, melalui penyelesai­an ini, PDB kini memiliki kemampuan untuk menyampaik­an LNG menggunaka­n trak yang dilengkapi tangki kriogenik.

“Ia akan memberikan kemudahan kepada industri di Semenanjun­g Malaysia yang tidak bersambung ke infrastruk­tur gas asli dengan akses kepada tenaga lebih bersih.

“Penyelesai­an inovatif sebahagian daripada komitmen Petronas terhadap kelestaria­n alam sekitar dalam membantu pertumbuha­n penggunaan gas asli di

Semenanjun­g Malaysia.

“Gas asli adalah bentuk bahan bakar fosil yang paling bersih mempunyai pelepasan karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, merkuri dan zarah lain yang lebih rendah berbanding arang batu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pihaknya gembira menjadi penyedia penyelesai­an LNG pertama untuk industri di Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? AZRUL
AZRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia