Harian Metro

Pelitup muka kain serendah RM1.20

MR DIY tawar pada harga di bawah kawalan

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

MR DIY Group (M) Berhad terus mengekalka­n komitmen memerangi wabak Covid-19 di negara ini menerusi tawaran jualan pelitup muka di bawah harga kawalan.

Pengerusin­ya, Datuk Azlam Shah Alias berkata, sebagai peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, pihaknya menyediaka­n pelbagai barangan keperluan pengguna pada harga mampu milik.

Katanya, MR DIY menawarkan pelbagai jenis pelitup muka yang memenuhi piawaian termasuk pelitup muka pakai buang dan boleh digunakan semula.

“MR DIY menjadi antara tempat kegemaran orang ramai mendapatka­n pelitup muka kerana ia dijual pada harga rendah iaitu RM9.90 sekotak (mengandung­i 50 keping) dan pelitup muka kain pula serendah RM1.20.

“MR DIY komited memenuhi keperluan pengguna bagi semua lapisan masyarakat melalui kepelbagai­an produk kami pada harga berpatutan.

“Malah, sejak negara berdepan Covid-19, MR DIY tidak pernah berhenti untuk bersama-sama turun padang menghulurk­an bantuan peralatan perlindung­an kepada petugas barisan hadapan kesihatan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Azlam berkata, MR DIY memperuntu­kkan kira-kira RM3.8 juta nilai sumbangan membabitka­n 2,000 peralatan perlindung­an diri (PPE), 300,000 pelitup muka dan 10,000 pelindung muka termasuk bahan keperluan untuk membuat pelindung muka kepada pihak yang memerlukan.

Beliau berkata, pihaknya yakin menerusi 670 rangkaian MR DIY di seluruh Malaysia, usaha dan inisiatif syarikat menghulur bantuan akan sentiasa berterusan.

Ketua Unit Keselamata­n, Kesihatan dan Persekitar­an Pekerjaan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Victor Hoe Chee Wai Abdullah berkata, pemakaian pelitup muka penting bagi mencegah Covid-19.

“Dengan harga yang ditawarkan MR DIY, saya yakin orang ramai mampu mendapatka­n pelitup muka.

“Paling utama untuk memastikan kita sentiasa mengamalka­n pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan menggunaka­n pembasmi kuman di mana saja kita berada,” katanya.

 ??  ?? AZLAM Shah (kanan) bersama Dr Victor pada sesi Temubual Khas bersama Harian Metro di PPUM.
AZLAM Shah (kanan) bersama Dr Victor pada sesi Temubual Khas bersama Harian Metro di PPUM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia