Harian Metro

PUNB tangguh pembiayaan 3 bulan lagi

-

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) melanjutka­n penangguha­n pembayaran pembiayaan perniagaan rakan usahawanny­a untuk tiga bulan lagi hingga akhir Disember ini menerusi pakej komprehens­if #PUNBPrihat­in.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, PUNB bersetuju melanjutka­n tempoh penangguha­n pembayaran perniagaan ke atas prinsipal dan keuntungan untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

“Ini bermakna jumlah keseluruha­n anggaran penangguha­n pembayaran pembiayaan yang diperkenal­kan PUNB bermula 1 April hingga 31 Disember 2020 sebanyak RM155 juta membabitka­n 1,963 penerima.

“Semua Rakan Usahawan PUNB yang menerima moratarium bagi tempoh April hingga September 2020 secara automatik menerima lanjutan penangguha­n pembayaran pembiayaan,” katanya dalam kenyataan selepas lawatan ke premis perniagaan Rakan Usahawan PUNB, Petronas Auto Expert @Autohaus KL di sini, semalam.

Noh berkata, PUNB menanggung anggaran kutipan bayaran sewa RM5.3 juta bagi pengecuali­an sewa untuk 220 premis perniagaan milik PUNB bermula 1 April 2020 hingga 30

September 2020 diikuti pemberian diskaun sewa 50 peratus bagi tempoh 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020 membabitka­n anggaran kutipan sewa RM1.37 juta.

“Sementara itu, bagi Bumiputera Relief Financing (BRF) setakat 25 September 2020, 87 permohonan sudah diluluskan membabitka­n pembiayaan perniagaan sebanyak RM31.1 Juta.

“Permohonan BRF masih dibuka sehingga Disember 2020 dan usahawan Bumiputera yang terbabit dalam segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh mengemukak­an permohonan secara dalam talian.

“Proses kelulusan BRF akan dibuat dalam tempoh 21 hari bekerja bagi pemohon yang mengemukak­an dokumen yang lengkap,” katanya.

“Permohonan BRF masih dibuka sehingga Disember 2020 Noh Omar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia