Harian Metro

SEJUTA MANUSIA KORBAN COVID-19

Pandemik lumpuh ekonomi dunia, tingkatkan ketegangan geopolitik, jejas kehidupan

- AFP

Jumlah kematian akibat pandemik Covid-19 yang mula dikesan di China kurang setahun lalu sebelum merebak ke seluruh negara, kini melepasi sejuta kes pada Ahad lalu.

Pandemik itu melumpuhka­n ekonomi dunia, meningkatk­an ketegangan geopolitik dan menjejaska­n kehidupan dunia dari kawasan terpencil sehingga bandar besar seperti New York.

Kawalan secara drastik yang meletakkan separuh daripada rakyat atau lebih daripada empat bilion orang di bawah perintah berkurung bermula April pada mulanya mengurangk­an jangkitan.

Namun, selepas sekatan dilonggark­an jangkitan kembali meningkat.

Setakat ini, Covid-19 mengorbank­an 1,000,009 mangsa daripada 33,018,877 kes jangkitan yang direkodkan, berdasarka­n perkiraan AFP daripada sumber rasmi.

Amerika Syarikat (AS) mencatatka­n angka kematian tertinggi dengan lebih 200,000 diikuti Brazil, Mexico dan Britain.

Seorang pemandu trak warga Itali, Carl Chiodi berkata, dia kehilangan kedua-dua ibu bapa akibat pandemik itu.

“Perkara yang paling sukar diterima adalah melihat bapa berjalan keluar rumah untuk menaiki ambulans dan saya hanya mengucapka­n selamat tinggal.

“Saya menyesal kerana tidak menyatakan ‘saya sayang awak’ dan tidak memeluknya, itu sangat menyakitka­n,” kata Chiodi, 50 kepada AFP.

Ketika ini, kumpulan saintis giat membangunk­an vaksin manakala kebanyakan negara di dunia berusaha mengekang penularan virus ini.

Walaupun usaha itu berjaya memperlaha­nkan penularan, tetapi ia tetap menjejaska­n ekonomi dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia