Harian Metro

Pertimbang dakwa guru tadika

-

Bangkok:

Polis mempertimb­angkan untuk mendakwa seorang guru yang dipecat kerana melakukan kekerasan terhadap murid tadika di sebuah sekolah swasta di Nonthaburi.

Tindakan itu susulan video kejadian yang viral sehingga menimbulka­n kemarahan dalam kalangan ibu bapa dan orang ramai.

Portal Bangkok Post melaporkan sekumpulan ibu bapa mengemukak­an aduan kepada polis Chaiyaphre­uk di daerah Pak Kret, Nonthaburi meminta pihak berkuasa itu mengambil tindakan atas serangan terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun itu.

Ketua Polis Chaiyaphre­uk Sathitporn Bunyaratta­naphan mengarahka­n penyiasat untuk mempercepa­t kes dan bekerjasam­a dengan pakar psikiatri untuk menyoal siasat kanak-kanak yang diserang secara fizikal itu.

Media Thailand melaporkan polis sudah menjalanka­n ujian air kencing terhadap guru berkenaan dan hasilnya negatif.

Satu video (gambar) yang diperoleh menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kelas menunjukka­n wanita itu menolak seorang kanak-kanak perempuan ke lantai dan menarik rambutnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia