Harian Metro

ZYNAKAL LUAH RASA KEHILANGAN

Pemergian ibunya Sabtu lalu tinggalkan kesan mendalam dan turut berpesan hargai ibu bapa selagi masih ada Betul orangorang tua cakap, hargai ibu bapa kita selagi masih ada. Bila terjadi pada diri saya, baru terasa perasaan macam sangat kehilangan orang te

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penyanyi dan komposer, Zynakal mengakui kehilangan ibu tercinta, Zuridah Ibrahim, 53, yang meninggal dunia pada Sabtu lalu amat meninggalk­an kesan mendalam terhadap dirinya.

Zynakal, 22, atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli berkata, pemergian arwah membuatkan­nya sedar dia bukanlah anak yang baik.

“Apabila sudah selesai kebumikan arwah dan tengok batu nisan, saya terus terdetik ‘aku tanam mak aku sendiri’. Saya tak pernah jangka benda ini akan terjadi dalam hidup.

“Sejujurnya sebelum mak pergi, saya tak pernah hargai dia. Jujur, saya bukan seorang anak yang baik. Sampaikan kami pernah bergaduh, mak saya cakap kalau dia dah mati, jangan datang kubur dia.

“Betul orang-orang tua cakap, hargai ibu bapa kita selagi masih ada. Bila terjadi pada diri saya, baru terasa perasaan macam sangat kehilangan orang tersayang.

“Masa arwah masih hidup, saya jarang hubungi dia. Hubungan kami tidak seperti ibu dan anak. Masa dia di hospital, saya jarang melawat dia. Jujur, saya bukan anak yang baik,” katanya.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram, penyanyi lagu Sakit itu berpesan kepada semua supaya sentiasa menghargai ibu bapa selagi hayat mereka masih ada.

“Kita tak tahu bila ibu bapa kita akan pergi. Kehilangan orang tersayang ini bukan macam bercinta dan putus. Tapi kehilangan ini tak akan dapat jumpa lagi buat selamanya,” katanya.

Sementara itu, Zynakal juga mengakui masih tidak percaya ibunya sudah meninggal dunia.

“Hari kedua

(kelmarin) ibu meninggal dunia. Masih tak percaya, tapi harus terima. Moga arwah tenang di sana,” katanya.

Sebelum itu, menerusi satu lagi catatan di

IG, Zynakal berkongsi keadaan jenazah ibunya yang wangi.

“Ibu nak tahu tak, tadi ibu wangi sangat dan bersih. Alhamdulil­lah, Ajip (Zynakal) dapat tolong ibu pindah rumah tapi bukan rumah dari Ajip lah. Ibu, Ajip minta maaf ya.

“Dulu kita gaduh besar dan ibu pernah cakap kalau ibu meninggal jangan datang kubur ibu. Tapi, alhamdulil­lah hari ini Ajip yang kebumikan ibu. Salam cinta terakhir dari anakmu, Raziq Rosli,” katanya.

Terdahulu, Allahyarha­m yang juga kakak kepada penyanyi Zamani Slam menghembus­kan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dan komplikasi buah pinggang di sebuah hospital swasta di Kampung Baru.

ZYNAKAL

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR kenangan Zynakal bersama ibunya, Allahyarha­m Zuridah Ibrahim.
GAMBAR kenangan Zynakal bersama ibunya, Allahyarha­m Zuridah Ibrahim.
 ??  ?? ZYNAKAL di sisi jenazah ibunya, sebelum dikebumika­n.
ZYNAKAL di sisi jenazah ibunya, sebelum dikebumika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia