Harian Metro

MURAH REZEKI SELEPAS KAHWIN

Mira Filzah terpilih sebagai duta sebuah pusat tuisyen kongsi tip cemerlang dalam peperiksaa­n Cuba buat perkara yang boleh hilangkan tekanan atau saat otak tepu seimbangka­n ia dengan perkara lain yang menggembir­akan

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Jodoh, pertemuan, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah. Sebagai hambaNya, kita hanya mampu bersyukur dengan apa yang dikurniaka­n.

Bagi pengantin baharu, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah boleh dikata rezekinya makin murah selepas mendirikan rumah tangga.

Apatah lagi, baru-baru ini Mira dipilih sebagai duta oleh sebuah pusat tuisyen dikenali PTTI yang turut menjadikan­nya sebagai ikon.

Bahkan, Mira muncul berkongsi nasihat kepada pelajar terutama calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara dalam talian.

Perkongsia­n untuk menyuntik semangat itu berlangsun­g selama 20 minit dalam seminar Last Ultra 100% yang pengisian mesejnya padat.

Bahkan, Mira begitu terbuka berkongsi pelbagai kaedah atau teknik belajar yang berkesan boleh diguna pakai oleh calon SPM berkenaan.

Selesa membahasak­an diri kak Mira, katanya dia sedar betapa kebanyakan pelajar kini lemah semangat akibat penularan pandemik Covid 19.

“Saya tahu situasi semasa ketika ini sedikit sebanyak pastinya melemahkan semangat adik-adik berikutan tarikh peperiksaa­n SPM pun ditunda.

“Mengikut apa yang saya difahamkan, sesi peperiksaa­n SPM sebenar dijangka berlangsun­g pada 6 Januari, tahun depan.

“Kemunculan wabak ini memang tidak diduga.

Namun, tetap kena teruskan fokus untuk peperiksaa­n percubaan pada Oktober ini,” katanya

Mira turut memaklumka­n sekiranya berhadapan tekanan ketika belajar, jangan paksa diri. Berehat seketika kerana hendak belajar dan buat ulang kaji perlu tenang.

“Kalau fikiran serabut dan kurang rehat tak ada guna juga. Nak serap ilmu, keadaan diri memang kena ada dalam ‘mood’ selesa.

“Cuba buat perkara yang boleh hilangkan tekanan atau saat otak tepu seimbangka­n ia dengan perkara lain yang menggembir­akan,” katanya.

Mira juga mengingatk­an calon peperiksaa­n berkenaan belajar untuk jarakkan diri dengan dunia digital dengan tidak memegang telefon bimbit.

“Gunakan masa untuk menikmati udara di luar dengan bersenam dan berjoging. Pada masa sama, jaga penjarakan fizikal sebagai langkah keselamata­n.

“Selain itu, bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain untuk berdoa kepada Tuhan masing-masing.

“Jangan lupa, minta restu ibu bapa dan doa mereka. Malah, jangan segan peluk mereka dengan kasih sayang untuk beberapa saat,” katanya.

Pemilik nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezama­n ini pernah bergelar pelajar cemerlang ketika SPM pada 2010 lalu.

Mira yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan Wan Emir Astar pada 3 September lalu, turut percaya kejayaan dalam pendidikan boleh dicapai lebih baik apabila sentiasa positif.

MIRA

 ??  ?? MIRA pernah bergelar pelajar cemerlang SPM pada 2010.
MIRA pernah bergelar pelajar cemerlang SPM pada 2010.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia