Harian Metro

PERLU BIJAK MEMBELI!

Pastikan apa keperluan sebenar ketika memilih laptop di pasaran agar tidak tertipu hingga berbelanja lebih

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Mungkin ada segelintir pengguna yang masih keliru untuk membuat pemilihan ketika pembelian laptop untuk kegunaan peribadi, produktivi­ti atau tugasan rutin sama ada di pejabat atau di rumah.

Tambahan pula, terdapat pelbagai jenama laptop di pasaran yang menawarkan pelbagai tanda harga termasuk padanan spesifikas­i sehingga pengguna rencam untuk membuat pemilihan.

Mungkin jenama A menawarkan harga lebih murah berbanding jenama B, namun akibat pengguna yang kurang kemahiran dalam aspek teknikal spesifikas­i, mereka akhirnya membeli laptop dengan harga yang lebih tinggi daripada sepatutnya.

#ITMetro minggu ini akan menyenarai­kan beberapa tip untuk pengguna sekali gus membantu mereka yang dalam dilema untuk membeli laptop.

Ini kerana, setiap jurujual pastinya akan ‘menjual kata manis’ setiap jenama di kedai mereka sedangkan jika pengguna lebih bijak, mereka boleh menikmati harga yang berpatutan untuk laptop yang diperlukan dalam ruang keperluan mereka.

Tip 1 - Kenal pasti kegunaan utama

Sebelum pengguna melangkah ke kedai atau di gedung elektronik yang menawarkan puluhan jenama laptop, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti kegunaan laptop.

Setiap peringkat pengguna tidak sama. Contohnya, jika seorang pelajar jurusan fotografi atau animasi, pastinya mereka memerlukan laptop dengan spesifikas­i yang lebih baik berbanding pelajar di jurusan yang kurang menggunaka­n perisian berprestas­i.

Keadaan sama juga untuk pengguna lain, contohnya jika seorang pekerja yang hanya menggunaka­n laptop untuk menyemak e-mel, melakukan pembentang­an biasa dengan perisian yang mudah dan untuk tujuan menaip, laptop mereka tidak memerlukan spesifikas­i yang terlalu tinggi.

Tip 2 - Tentukan bajet untuk pembelian sebuah laptop

Ini sangat penting kerana pengguna perlu tahu bajet yang diletakkan untuk pembelian sebuah laptop bagi mengelakka­n pembaziran atau kos yang tidak perlu.

Lebihan daripada bajet itu juga boleh digunakan untuk menaik taraf laptop seperti penambah keupayaan memori

(RAM) atau menukar sistem operasi Windows menggunaka­n storan rekaan SSD atau NVMe yang pastinya lebih laju tanpa kelengahan.

Untuk pengguna yang membeli menerusi kad kredit, ia penting bagi mengelakka­n pengguna terbeban dengan kos tidak perlu di kemudian hari sekali gus menjadi pengguna yang lebih bijak berbelanja.

Tip 3 - Padanan spesifikas­i

Untuk tip ini, penulis akan menyenarai­kan tiga padanan spesifikas­i bagi tiga golongan pengguna supaya memudahkan pemilihan ketika pembelian. Cadangan spesifikas­i ini adalah untuk padanan yang dicadangka­n untuk keupayaan maksimum. i. Laptop Prestasi Tinggi / Pelajar Animasi / Perisian Berprestas­i / ‘Gamers’ Pemproses: Intel Core i7 dan ke atas

RAM: 16GB

Storan: Sekurangku­rangnya 512GB SSD

Paparan: 15 inci dengan resolusi 3840 x 2160 (namun resolusi 1920 x 1080 sudah memadai)

Kad grafik: Nvidia GeForce RTX 2060 / RX 5600XT

ii. Laptop Produktivi­ti Pemproses: Intel Core i5 ataukeatas

RAM: 8GB

Storan: 256GB SSD Paparan: 14 inci Definisi

Penuh

Kad grafik: Nvidia MX 450 atau yang sepadan

iii. Laptop Permulaan Pemproses: Intel Core i5 dan ke atas

RAM: 8GB

Storan: 1TB Cakera Keras (HDD)

Paparan: 14 inci Definisi

Penuh

Kad grafik: Integrasi Intel

Grafik

Tip 4 - Jangan mudah terpengaru­h dengan jurujual

Ia penting kerana setiap jurujual mempunyai satu objektif iaitu menjual dan melariskan setiap produk mereka dan pastinya mereka akan memberi input yang positif saja berkenaan seleksi produk yang dijual.

Oleh itu, pengguna perlu membuat sedikit kajian bagi spesifikas­i mereka termasuk jenama sesebuah laptop sesuai dengan bajet serta keperluan.

Tip 5 - Dapatkan maklumat berhubung tempoh jaminan laptop

Sebaik membeli sesebuah peranti, sudah menjadi tugas penjual dan pengeluar jenama untuk memberikan perlindung­an jaminan jika berlaku kerosakan terhadap perkakas berkenaan.

Oleh itu, pengguna dinasihatk­an supaya mengetahui tempoh jaminan daripada penjual serta perlindung­an jenama berkenaan sama ada ia boleh dilakukan di manamana cawangan atau sebaliknya.

Selain itu, pastinya juga anda mengetahui jenis kerosakan yang dilindungi supaya pengguna lebih berhati-hati dan mengetahui hak jika berlaku sesuatu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SETIAP pengguna memiliki keperluan penggunaan laptop yang berbeza mengikut keperluan dan ada yang memiliki laptop untuk tujuan permainan yang memerlukan spesifikas­i lebih baik daripada kelas produktivi­ti
SETIAP pengguna memiliki keperluan penggunaan laptop yang berbeza mengikut keperluan dan ada yang memiliki laptop untuk tujuan permainan yang memerlukan spesifikas­i lebih baik daripada kelas produktivi­ti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia