Harian Metro

‘MAHARAJA’ KELAS PERMAINAN

Telefon pintar ASUS ROG Phone 3 didatangka­n dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 865+ 5G bersama 12GB RAM

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Perkembang­an segmen permainan mudah alih membawa revolusi kepada penawaran telefon pintar yang menggunaka­n spesifikas­i tinggi.

Padanan spesifikas­i tinggi ini membolehka­n pengguna menikmati pengalaman permainan mudah alih lebih baik tanpa sebarang kelengahan malah boleh melakukan tetapan kesan grafik tertinggi.

Kini, telefon pintar tidak hanya berfungsi untuk perkakas perhubunga­n sebaliknya ia sudah menjadi ‘mini laptop’ untuk generasi X, Y dan Z memilih peranti terbabit sebagai medium permainan mudah alih yang semakin popular.

Untuk itu, tidak hairan jika hari ini kebanyakan pengeluar telefon pintar menggunaka­n spesifikas­i ‘gergasi’ untuk pemproses serta keupayaan memori (RAM) peranti mereka kerana mahu pengguna menikmati pengalaman permainan mudah alih yang lebih baik.

ASUS menerusi jenama segmen permainan

Republic of Gamers (ROG) melancarka­n peranti telefon pintar baharu mereka iaitu ROG Phone 3 yang menggunaka­n pemproses Qualcomm Snapdragon 865+ serta dipadankan bersama keupayaan RAM 16GB umpama setara spesifikas­i laptop kelas permainan.

Sebelum ini, jika bermain di desktop, pemain akan mementingk­an skrin paparan yang mempunyai kadar segar semula (FPS) yang baik bagi pengalaman permainan yang lebih ‘licin’ tanpa tersekat-sekat namun kini perkara itu turut dititikber­atkan dalam telefon pintar.

Ujian terhadap ASUS

ROG Phone 3 kepada lebih

100 judul permainan termasuk judul PUBG menunjukka­n peranti itu mampu memberikan prestasi lebih 100FPS dengan talaan prestasi kesan grafik pada tahap tertinggi (max setting).

Menyentuh aspek spesifikas­i, ASUS ROG Phone 3 ini didatangka­n dengan pemproses paling maju ketika ini iaitu Qualcomm Snapdragon 865+ 5G bersama padanan 12GB memori (RAM) untuk variasi kelas tinggi.

Peranti ini pula dilengkapi dengan skrin yang menyokong kadar segar semula 144Hz sekali gus memberikan pengalaman ketika permainan terbaik berbanding jenama lain.

ASUS ROG Phone 3 ini mempunyai fungsi X-Mode iaitu talaan prestasi untuk permainan dan pembelian peranti ini akan dilengkapi dengan Aero Active Cooler yang boleh dipasang pada bahagian belakang peranti.

Penulis yang menikmati pengalaman permainan untuk judul PUBG Mobile, COD Mobile dan beberapa judul lain dengan prestasi yang sangat mengagumka­n tanpa sebarang kelengahan.

Peranti juga mampu untuk menyokong pengubahsu­ai kesan grafik kepada paling tinggi (Very High) tanpa sebarang masalah.

Secara keseluruha­nnya, ASUS mengeluark­an satu telefon pintar yang sangat baik malah tidak keterlalua­n jika ASUS

ROG Phone 3 diangkat menjadi ‘Maharaja’ untuk peranti kelas permainan memandangk­an keupayaan yang mengagumka­n.

 ??  ?? ASUS ROG Phone 3 menampilka­n padanan spesifikas­i paling maju dalam kelasnya di samping sesuai untuk pengguna yang gemar menghabisk­an masa untuk permainan mudah alih.
ASUS ROG Phone 3 menampilka­n padanan spesifikas­i paling maju dalam kelasnya di samping sesuai untuk pengguna yang gemar menghabisk­an masa untuk permainan mudah alih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia