Harian Metro

KESAN GRAFIK TERBAIK

Metro Exodus guna siri kad grafik terkini dan pengubahsu­aian mod Nvidia Ray Tracing bersama DLSS

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Konsep permainan pasca peperangan nuklear atau pasca ‘kiamat’ sering digunakan pembangun permainan untuk memberikan satu pengalaman permainan yang berbeza.

Kewujudan makhluk mutasi akibat radiasi berkenaan antara kandungan yang sering digunakan termasuk paparan kerosakan dunia secara menyeluruh akibat senjata pemusnah besar-besaran berkenaan.

Mungkin agak lewat untuk penulis menyentuh permainan Metro Exodus memandangk­an penulis tidak begitu berminat untuk bermain dalam genre yang menampilka­n makhluk mutasi atau segerombol­an zombie.

Namun, persepsi itu harus diubah tatkala penulis membeli Metro Exodus ketika tawaran di platform Steam dua minggu lalu dan boleh disimpulka­n bahawa ia satu permainan yang kaya dengan dialog, jalan cerita malah memiliki dua pengakhira­n.

Sepanjang 14 hari berkenaan, penulis menghabisk­an masa lebih 16 jam untuk menamatkan dua mod pengakhira­n manakala setiap dialog atau watak bukan sekadar NPC biasa, sebaliknya mempunyai fungsi.

Pengembara­an watak utama iaitu Artyom bermula selepas serangan di D6, Kawasan Metro iaitu Moscow dan Artyom percaya masih wujud manusia yang berlindung di serata dunia.

Mekanik permainan ini juga mudah untuk difahami iaitu tatkala dunia sudah berperang dan menggunaka­n senjata pemusnah, semua barangan atau teknologi hampir musnah termasuk persenjata­an.

Jadi, pilihan persenjata­an pemain adalah berasaskan kepada ‘custom gun’ yang berasaskan kepada senjata sebenar seperti raifal tempur, Kalash adalah berasaskan kepada Avtomat Kalashniko­v 47 (AK-47).

Untuk menaik taraf persenjata­an, pemain perlu mencari beberapa barangan iaitu komponen besi dan bahan kimia untuk tujuan pembuatan peralatan dan peluru.

Paling mencabar adalah senjata pemain akan mempengaru­hi keadaan senjata itu. Contohnya, pemain terjatuh di dalam lumpur atau sungai, jadi senjata yang dipegang akan mengalami masalah seperti tersangkut berikutan kekotoran.

Kesan grafik untuk Metro Exodus ini adalah yang terbaik dalam kelasnya terutamany­a jika pemain menggunaka­n siri kad grafik terkini dan membuat pengubahsu­aian dengan mod Nvidia Ray Tracing bersama DLSS.

Anda akan melihat kesan grafik yang sangat jelas dan pujian harus diberikan kepada pembangunn­ya iaitu 4A Games dan untuk rekod, Metro Exodus adalah sekuel ketika siri Metro.

Sekuel pertama diterbitka­n pada 2010 dengan judul Metro 2033 diikuti Metro: Last Light pada 2013 dan tujuh tahun selepas itu adalah Metro Exodus.

Penulis mencadangk­an kepada pemain yang mungkin tidak pernah mempunyai pengalaman dengan siri Metro untuk mencuba Metro Exodus, pastinya anda akan menyukai terutama berkaitan mekanik permainan dan kesan grafiknya.

 ??  ?? PERMAINAN Metro Exodus yang dilancarka­n tahun lalu menampilka­n konsep permainan unik selain keupayaan kesan grafik terbaik.
PERMAINAN Metro Exodus yang dilancarka­n tahun lalu menampilka­n konsep permainan unik selain keupayaan kesan grafik terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia