Harian Metro

Alaphilipp­e capai impian sarung jersi pelangi

-

Imola:

Pelumba Perancis, Julian Alaphilipp­e meraih gelaran dunia pertamanya apabila muncul juara lebuh raya lelaki sekali gus mencapai impian karier dengan menyarung jersi pelangi.

Alaphilipp­e (gambar) mula memecut pada peringkat akhir pendakian kurang 12km daripada garisan penamat untuk memastikan kejuaraan itu hanya 24 saat di depan pelumba Belgium, Wout van Aert dan Marc Hirschi dari Switzerlan­d.

“Ini adalah impian dalam karier saya,” kata pelumba berusia 28 tahun itu dengan penuh emosi yang turut mencipta rekod sebagai pelumba pertama dari Perancis memenangi perlumbaan sejak Laurent Brochard pada 1997.

“Ia agak hampir sejak beberapa kali, tapi saya tidak pernah berada di podium. Ia kemuncak kepada kerjaya saya.”

Tambah Alaphilipp­e: “Setiap kali ia emosi yang berbeza, memenangi perlumbaan besar, sejarah, peringkat jelajah, memakai jersi kuning.

“Tetapi jersi pelangi, adalah kemuncakny­a, antara perlumbaan yang saya impikan. Tiada perasaan dendam. Ia hanyalah emosi yang sangat bagus dalam setahun di mana terlalu banyak jatuh dan bangun.’’

Bagi Alaphilipp­e, kejayaanny­a musim ini tidak sehebat 2019 apabila dia memenangi Strade Bianche, Milan-San Remo dan Fleche Wallonne sebelum memakai jersi kuning Tour de France selama 14 hari.

Dia memenangi peringkat kedua Jelajah di Nice pada 30 Ogos dan memakai jersi kuning selama tiga hari tetapi di Imola dia merampas jersi pelangi buat julung kali tahun ini.

“Ia peluang terbaik,” kata Alaphilipp­e sebagai tanda memberi amaran ketika jurulatih kebangsaan, Thomas Voeckler membentuk pasukan Perancis dalam kalangan pelumba dari Loire yang terlepas tiga edisi sebelum ini. -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia