Harian Metro

Kasma Daniel makin menyerlah

-

Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin semakin menunjukka­n peningkata­n di Kejohanan Motosikal Dunia selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20 pada Grand Prix (GP) Catalunya, kelmarin.

Untuk rekod, ia penamat terbaik kali kedua diraih pelumba pasukan Onexox TKKR SAG itu selepas sembilan pusingan perlumbaan pada tahun pertama di saingan berprestij itu.

Pelumba berusia 20 tahun itu meraih penamat sama pada pusingan ketujuh di GP San Marino sebelum ini.

“Sudah tentu saya gembira dapat menamatkan perlumbaan dan bersaing sengit dengan pelumba lain. Saya bermula dari petak ke-27 dan satu ketika berada di kedudukan ke-18.

“Malangnya saya melakukan sedikit kesilapan kerana tidak dapat membrek dan menghentik­an jentera, jadi saya kehilangan kedudukan. Bermula dari saat itu, saya kembali fokus dan mengekalka­n aksi konsisten pada setiap pusingan. Di hujung perlumbaan saya berasa sakit di lengan tetapi berjaya juga menamatkan perlumbaan,” katanya.

Sementara itu, pelumba berpengala­man negara, Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan Oceanica Aspar sekali lagi gagal meraih mata apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 dalam kategori sama. Kali terakhir Hafizh memungut mata pada pusingan keempat di GP Republik Czech.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia