Harian Metro

Razlan beri Hafizh Syahrin amaran

-

Kuala Lumpur:

Prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (Petronas Yamaha SRT), Datuk Razlan Razali memberi amaran buat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah supaya mempamer prestasi terbaik sekiranya mahu terus kekal dalam kancah permotoran dunia.

Sekiranya dia gagal membuktika­n kemampuan, mungkin sukar baginya meneruskan perjuangan kerana apa yang penting adalah meyakinkan penaja.

Kata Razlan, prestasi dan keputusan adalah dua komponen penting untuk mendapat keyakinan pasukan dan penaja.

“Kalau Hafizh nak tunggu sampai hujung tahun baru nak menyerlah itu sudah terlambat. Kita pun dah tak ada pelumba untuk dipilih. Itu sebab saya kata bila pertengaha­n saingan penting dari segi prestasi.

“Sekarang ini kita berada dalam tempoh banyak pelumba mencari tempat dan kita dapat lihat beberapa pasukan menandatan­gani pelumba mereka untuk tahun depan. Banyak tempat sudah diisi jadi agak sukar bagi Hafizh.

“Tapi bagi saya dia kena buat yang terbaik dan dapatkan keputusan kerana orang tak lihat berapa ramai peminat dia, hero Malaysia atau bangsa apa. Tak kisah apa pun dia kena bagi yang terbaik. Kalau tiada keputusan susah orang nak ambil dan kerajaan nak sokong pun susah bila prestasi tak menentu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia